Balak Hensem & Awek Cun

*JANGAN LIKE JE, KOMEN KALAU BOLEH :3*
TINGGALKAN LINK DI SHOUTBOX

SAYA BUDAK BARU BELAJAR
KALAU SALAH TOLONG TUNJUKKAN

Monday, February 28, 2011

Kan Dah Kena~

Aduh~

http://matcuoi.com

Masuk hari nie, macam dah 3-4 hari kot aku terlekat tulang ikan..wahaha.. ratah ikan bawal punya pasal.. boleh pulak kali nie terlekat.. selalu kalau lekat tulang ikan, dalam sehari pun dah ok balik.. biasa kalau lekat, aku buat tak tau je atau aku makan nasi lembik.. tapi kali nie macam2 gaya dah buat tapi liat sungguh nak hilang.. bila telan air liur tu, terasa la macam ada tulang tapi tak sakit..

http://matcuoi.com

kalau jolok pakai jari pun dapat rasa tulang tu ade kat tekak tapi yang bikin tension, tulang tu tak boleh nak buang.. malas la nak pergi klinik semata2 lekat tulang ikan, buang masa je~ tunggu je la~ lama2 dia keluar la kot~




Sunday, February 27, 2011

Pantang Larang Dan Adat Semasa Makan

Aku buat entry nie sebab aku mimpi petang tadi, pasal aku di zaman hang tuah?
tetiba je mimpi camtu.. pelik~

http://matcuoi.com

ok, orang melayu zaman2 dulu amat mementingkan adat dan sopan santun semasa makan sama ade di rumah ataupun di majlis2 keramaian.. ia bukan sahaja bertujuan untuk pengajaran tapi jugak untuk menjaga sopan santun orang melayu.. contoh la, kita tak boleh tidur selepas makan.. ade sebab tersendiri la dari aspek kesihatan (nanti cepat gemuk kot tapi aku selalu buat, tak gemuk2 pun..muahaha).. em, kalau tidur semasa perut kenyang, makanan yang dimakan belum hadam.. so, ia akan melalaikan seseorang bila buat kerja..

http://matcuoi.com

aku nak share beberapa pantang larang melayu yang berkaitan dengan makan :

1. makan mencangkung payah dapat rezeki..
2. makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh..
3. makan beras mentah dapat penyakit kuning..
4. makan telur tembelang dapat penyakit barah.
5. makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding..
6. makan sisa anak nanti anak menjadi degil..
7. makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing..
8. makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu..
9. makan pisang kembar nanti dapat anak kembar..
10. makan pinggan bertindih nanti beristeri dua..
11. makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut..
12. makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh..
13. makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki..
14. tidur selepas makan nanti perut jadi buncit..

http://matcuoi.com

selain pantang larang terdapat pula adab dan tatatertib yang berkaitan dengan makan.. adab dan tatatertib tersebut adalah seperti berikut :

• bila berkunjung ke rumah orang, apabila tuan menghidangkan makanan atau minuman, adalah tidak manolaknya.. jika kenyang sekalipun kita hendaklah setidak-tidaknya menjamah sedikit hidangan yang disajikan itu..

• setelah makanan dihidangkan, pastikan orang yang lebih tua duduk dulu kemudian baru diikuti oleh orang muda pula mengambil tempat masing2..

• anak gadis pula dikehendaki menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yang lebih tua..

• biarkan orang yang lebih tua mengambil makanan dulu kemudian barulah diikuti oleh orang muda.. tak sopan jika membiarkan orang yang lebih tua makan sisa orang muda.. maka itu sesetengah orang membuat peraturan supaya orang muda makan berasingan daripada orang yang lebih tua atau orang tua makan dahulu daripada orang muda.. tapi amalan ini tidak begitu sesuai jika hendak menanamkan kemesraan dan semangat kekeluargaan di kalangan anak2..

• ketika makan seelok-eloknya ambillah makanan yang berhampiran dengan kita.. jangan menjangkau makanan yang sukar dicapai.. mintalah bantuan orang lain yang berdekatan jika kita mahukan makanan itu..

• ketika menghulur atau menyambut makanan, sebaik-baiknya gunakan tangan kanan tapi jika tangan kanan kotor, bolehlah kita menggunakan tangan kiri..

• semasa menghulur dan menyambut makanan, seelok-eloknya siku atau pergelangan tangan ditampung sedikit dengan tangan yang sebelah lagi..

• semasa mengambil kuah atau nasi, gunakan tangan kiri supaya sudu atau senduk tidak kotor..

• pastikan sudu, piring atau mangkuk tidak berlaga dan berbunyi ketika menyenduk.. ini dianggap kurang sopan dan kasar jika berlaku pergeseran antara sudu, piring atau mangkuk sehingga berbunyi (bunyi yang agak kuat la)..

• ketika makan pula janganlah bercakap-cakap.. lebih2 lagi jika mulut penuh dengan makanan..

• jika bercakap pun pastikan tidak menimbulkan perkara yang kurang menyenangkan sehingga boleh mengganggu selera makan orang lain..

http://matcuoi.com

• jangan makan berbunyi, umpamanya menghirup minuman atau mengunyah makanan..

• ketika orang lain sedang makan janganlah menghembus hingus, berkehak atau berludah..

• jangan makan terlalu kenyang.. makanlah setakat mengenyangkan atau mengalas perut sahaja..

• jika selesai makan terlebih dahulu jangan sekali-kali mengangkat pinggan dan meninggalkan orang yang sedang makan.. seelok-eloknya tunggu dan pastikan semua orang sudah selesai makan barulah bangun..

• jika mahu mengemaskan tempat makan atau meja makan, pastikan semua orang sudah selesai makan.. tidak sopan jika mengemas ketika orang lain masih menikmati hidangan.. jika dilakukan kita seolah-olah menyindirya supaya menghentikan makan atau melarangnya menghabis makanannya..

• jangan pergi ke rumah orang pada waktu makan dan waktu maghrib.. ini mengganggu tuan rumah kerana mungkin dia telah memasak makanan cukup untuk keluarganya sahaja.. waktu maghrib pula adalah waktu sembahyang yang paling singkat dan kedatangan tetamu menyebabkan tuan rumah serba salah untuk meninggalkan tetamu keseorangan.. oleh itu, seelok-eloknya datanglah selepas waktu sembahyang isyak..


pantang larang ini diadakan bukan sahaja sebagai pengajaran tetapi bertujuan untuk menjaga tatasusila supaya kita tidak melakukan perkara yang kurang sopan.. orang melayu memang terkenal dengan sopan santun mereka sejak zaman dahulu lagi.. maka itu diadakan beberapa pantang larang supaya ia dapat dikekalkan hingga ke generasi yang akan datang..

habis sudah~

http://matcuoi.com

Friday, February 25, 2011

Aktiviti Harian


*p/s : aku takde idea, dah seminggu tak post entry baru

http://matcuoi.com

Tuesday, February 22, 2011

Sorry Kepada Sesiapa Yang 'Minat' Membaca Belog Nie~

http://matcuoi.com
emm~

sori sangat kepada siapa2 yang suka baca belog nie (tak suka pun tak kisah)..
minggu nie, start dengan hari nie, che deen tak dapat nak update belog,
sangat busy~
rugby, pertandingan tahan lasak, test, quiz ...... bla3 ......

http://matcuoi.com

minggu depan che deen aktif balik update2 blog..
ok, love you all~

Sunday, February 20, 2011

Dah Capai Angka 100.. Wohoo~

Alaa~ belog nie tak glemer sangat, tak sehebat korang pun tapi
dah dapat 100th followers..hehe..
Tahniah sebab jadi followers ke 100 aku.. Terharu la jugak~

http://matcuoi.com


http://matcuoi.com

*p/s : yang mana suka kumpul award, korang pun ambil la..hehe

Saturday, February 19, 2011

Aiskrim Goreng.. Laki Pun Boleh Buat La~

"Haa? kau kata aku tak boleh buat benda alah nie?
lu silap la bro, gua orang laki2 pun gua belajar benda nie der~"

haha.. jangan perkecilkan aku, aku pun reti buat aiskrim goreng..
ok, jom menggoreng, resepi nie aku dapat dari amoi yang jual benda nie..hehe
ini serius punya resepi..

http://matcuoi.com

Bahan-bahan ( 5 orang )
  • 5 scoop aiskrim vanila
  • 1 biji telur
  • 1 cawan conflakes (try la guna honeystar..haha)
  • 1 cawan chopped walnuts (kekacang lain pun boleh)
  • minyak masak untuk menggoreng
  • sirap coklat secukupnya (sirap lain boleh juga)




Cara-cara :
Scope

1. pastikan ade scoop aiskrim yang aku guna seperti gambar di atas
(kalau takde, pakai senduk..haha)..

Aiskrimgoreng1

2. masukkan 1 scoop aiskrim ke dalam plastic wrap (supik rokrak..haha).. bungkus biar jadi bentuk bola.. simpan dalam freezer sekurang-kurangnya 2-3 jam..

Aiskrimgoreng2

3. campurkan conflakes dan walnuts ke dalam mangkuk.. kemudian masukkan ke dalam beg plastik.. ramas-ramaskan conflakes biar hancur..

Aiskrimgoreng3

4. keluarkan aiskrim dari freezer dan buka plastic wrap.. masukkan aiskrim ke dalam beg plastik tadi.. goncang2 biarkan aiskrim bersalut dengan conflakes dan walnuts.. keluarkan aiskrim dari beg plastik.. simpan semula ke dalam freezer selama 30++ minit..

Aiskrimgoreng4

5. pukul telur dengan pemukul telur.. masukkan aiskrim ke dalam telur (sekejap je).. kemudian masukkan pula ke dalam beg plastik conflakes dan walnuts.. goncang biarkan keseluruhan aiskrim bersalut.. buat satu persatu sampai habis.. masukkan semula ke dalam freezer.. biarkan 1++ jam.. kalau nak salutan (coating) tu tebal, boleh ulang langkah ni sekali lagi..

6. panaskan minyak.. goreng aiskrim selama lebih kurang 20 saat.. angkat, tos dan bolehlah terus makan.. untuk hiasan, bolehlah letakkan sirap coklat di atasnya (tak nak takpe..hehe)..

http://matcuoi.com

** minyak yang diguna untuk menggoreng biarlah betul2 panas..

** aiskrim tu kena betul2 keras dulu sebelum digoreng, saje je try letak cornflakes sebab kalau dengan serbuk roti tu dah biasa orang buat

**letakkan buah sebagai hiasan~

ok! selamat mencuba!


*p/s : boleh buat duit..

(sorry, pakai kamera low megapiksel..huhu.. tertinggal kat rumah)

Friday, February 18, 2011

Tutorial Bahasa

Okay? kawan2, member2 (sama je~)..
today is kelate class tutorial..haha

http://matcuoi.com

Bagi orang K.L mungkin lucu dan agak pelik..
bahasa nyer agak unik.. bagi orang Terengganu yang area besut tu, yorang faham jugak..hehe
setuju tak? tak setuju, kau komen la puas2..haha

UNTUK REFRESH BALIK… takut2 ade orang Kelantan dah tak ingat.. maklumlah, dah lama merantau, balik kampung nanti tak la malu kat orang kampung..hehe


Vocabulary :

bokbong - spesis musang
ttuyup - pepatung
pok kor - spesis mengkarung
ike kkhonge - ikan cencaru
gelenyar, gletah -mengenyam, gedik
saksoba - absorber
supik gelenyar, supik rhokrhak - beg plastik
buah topoh - buah epal (diambil dari perkataan Arab, 'tuffah' - epal)
mokte - rambutan
kok - sekeh
nenja - tendang
tok cakno - tak hirau
nyanyo - kesian
bbaloh - kelahi
ggaduh - nak cepat
gedebe - berani
bekwoh - kenduri (mungkin berasal dari 'big work')
tohok - buang
rhukah - panjat
ghohok - susah, payah
hungga - lari
cuwoh - curah
retek, etek - juga
tepoh - langgar
tubik - keluar
siak duk ggobar - jangan risau
wak ggori - memulakan sesuatu
dekpong gak eh - kalau ya pun
jurhuh - baik (digunakan untuk manusia)
kelaghing - kesat
belengah - melekit
klikpah klikpah - terpinga-pinga
lipotey - tak tetap duduk
nneting - melantun
cagok - sabit
kucing kerong - nama untuk kucing jalanan
sprong - teropong, meneropong
jinjen - berjengkek-jengkek
napa tawa - sia2 kena penampar
serrek - redha, berhenti
ngok - bodoh
babil - keras kepala
kencen = mata buta sebelah


Kelantan + English = 'Kelantalish?'
Contoh:

pozek - deposit
rizat -result
neja -manager
suwih - suis
bok - book, buku
rhoba - rubber, pemadam


Kata Penguat :

manis LLETING - sangat manis
masin PPEGHAK - sangat masin
pahit LLEPE - sangat pahit
mase PPUGHIK - sangat masam
tawar EBER - sangat tawar
putih SSUEH - sangat putih
hite LLEGE -sangat hitam
biru KKETU - sangat biru
kuning NNEHE - sangat kuning
kenye BBONYAH - sangat kenyang
comel LLOTE - sangat comel
gemuk DDEBOK - sangat gemok
busuk BANGA - sangat busuk
hapok KOHONG - sangat hapak
nnakut APAH - sangat penakut
cerhoh JHELIROH - sangat cerah
jatuh CELABOK - jatuh mengejut
kuca HANYA (suara mengidung sedikit) - kacau bilau
gemok METO - sangat gemok
come LOTE - sangat comel
gelap GELEMAT - hitam legam
keras KEKUNG - keras sangat
lembik LOTE - lembit sangat
bulat GOTE - bulat sangat
hijau MALO - sangat hijau
nakut PAHIT - sangat takut
kenye so'oh - sangat kenyang


Ada beberapa 'bunga bahasa' dalam loghat Kelantan

Antaranya :

yak - lebih kurang 'opocot!' atau 'oops!'
deh? - memohon restu atau persetujuan, lebih kurang 'ok?'
gak - lebih kurang 'habis tu?' atau 'so?'
pah? - lebih kurang 'gak'
hor (bunyi naik ke hidung sikit) - 'yela' atau 'yes'
dock? - lebih kurang 'bukan?', 'betul tak?' atau 'isn’t it?'
lamoke - nanti kan

*p/s : yang ade huruf sama tu bunyi dia cam bunyi tersentak atau sabdu..

ok? puas hati dah..haha.. mohon maaf kalau ade tersilap, sama2 kita menegur..

http://matcuoi.com

Thursday, February 17, 2011

Survey 35 Minit

1st time kot aku kena tag.. Alya yang tag aku, so aku cuba jawab dengan jujur, kalau tak puas hati, korang komen la puas2..haha

http://matcuoi.com

instruction :
once you are tagged, answer the question honestly.. no lying or cheating ok?

starting time : 8.57 pm (sekarang dah malam, tak kan pagi kot..haha)
name : afiruddin bin noor azam (aku bangga)
brother(s) : 3 je.. (kadang2 je gaduh dengan aku)
eye colour : koko gelap2 (ade kacuk siam sikit)
shoe size : size 7.5 je (kaki aku kecik kot tapi lari laju..hehe)
hair : kaler koko sebab mandi air karat~ (tu pun kalau korang percaya) haih, mesti la hitam!
piercing : ade 2 kat telinga, kalau aku jadi perempuan..haha
height : 175 cm (tinggi ke?)
what are you wearing right now : sweater nike dengan seluar hawaii..haha
where do u Live : tumpat, kelantan (gomo kelate gomo!)
favourite number : 4439 (nombor plat moto aku..haha)
favourite drink : ikut la air ape pun, asal kan sejuk dan halal..haha
favourite month : bulan mac (sebab dapat call free seminggu)
favourite breakfast : sandwich je kot..


HAVE YOU EVER

broken a bone : kalau retak kira broken jugak tak? ade je kat lengan kanan
been in a police car : belum, aku budak baik..haha
fallen for a friend : kawan je~
fallen for a guy / girl for a short time : kalau aku suka laki? eee~ kat girl, tak perlu~
swam in the ocean : best! tapi tak suka karim.. eh! cramp..haha http://matcuoi.com
broken someone's heart : pernah je..muahaha
cried when someone's died : macho2 pun nangis jugak~
sat by the phone all night waiting for someone call : buat ape tunggu..haha
saved e-mail : aku tak suka save emel, leceh la~
been cheated : pernah je..haha.. buat relax sudah


WHAT

your room look like : semua putih..hehe
what is right beside you : mouse yang bertukar-tukar kaler..haha
what is the Last thing you ate : burger daging special..


WHO

the last person you tell : manusia..haha.. kawan aku..
who was the last person you danced with : dengan tiang letrik..haha.. aku tak suka menari
who last made you smile : my family and awek..haha


FINAL QUESTION

what are you listening right now : bunyi ekon..haha
what did you do today : pagi dengar ade ceramah motivasi, petang training ragbi, malam makan2 dengan online pastu study..hehe
are you the oldest : tak, aku yang ketiga dari enam..
indoors or outdoors : aku kat indoor..haha


TODAY DID YOU

talk to someone you like : family first, awek second..haha
kiss someone : bantal busuk..hak3
sing :
jom ajak aku pergi karaoke kalau nak dengar suara aku camne..

talk to an ex :
http://matcuoi.com
miss someone : mesti la, parents aku!
eat : dah, pukul 8.30 pm td..hehe

LAST PERSON YOU TALKED WHO

you talked on the phone to : awek~
made you cry : http://matcuoi.com
you went to the mall with : awek~
who cheered you up : mak abah aku! second awek..haha
have a crush on someone : pernah, sebelum aku ade awek.. http://matcuoi.com
what books are you reading right now : fluid mechanics
best feeling in the world : tidur..haha
future kids name : ali bin abu..hak3
do you sleep with stuffed animal : kena lenyek kat aku dulu la..haha
what's under your bed : tayar moto yang lama.. http://matcuoi.com
favourite sport : ragbi dengan volleyball
favourite place : rumah =)
do you have a job : yes, akauntan, tolong mak aku kira duit gaji orang..haha
what time is it now : 9.32 pm (aku taip slow je..haha)

with however long it took you to complete this, post as "my 14 minutes survey" (40 minit kot aku jawab..haha) and tag 15 people... (ramai la~)

aku tag :

Tuesday, February 15, 2011

Bahasa Rojak? Apa Barang?

Dah berhabuk kot belog nie, dah 4 hari tak update..haih~
ok, kita kembali kepada agenda asal..wahaha..



ramai yang senyap2 bagitau aku mereka suka akan belog aku nie sebab aku jarang guna bahasa rojak.. yeke? (ye~ kot~) aku pun tak perasan sangat sebab aku jenis orang pelupa jugak la, bila ade idea, cepat2 aku post entry baru, takot hilang idea..hehe.. tapi kadang2 bergantung kepada mood jugak la..

kadang2 tu tengah golek ke, tengah mandi ke, tengah makan ke atau tengah apa-apalah, tiba2 ade idea nak update blog tapi kadang2 bila dah mula nak menulis, aku main taip je.. takde maknanya nak taip panjang cam ayat karangan, ade format itu ini..

contohnya macam tajuk entri nie : Bahasa Rojak? Apa Barang?
ayat nie memang dah melintas dalam kepala otak aku, so terus aku tulis ayat macam tu..haha


Antara sebab yang munasabah kenapa aku kurang suka bahasa ROJAK :

1) memudahkan pembaca untuk membaca..

2) aku sayangkan bahasa melayu kita, memang dari zaman sekolah lagi, member2 pernah tegur aku sebab aku kadang2 sangat skima dalam bercakap.. (sekarang tak dah..haha)

3) aku akan rasa serabut sangat kalau baca penulisan yang menggunakan banyak ayat rojak.. jadi aku tak mahu otak aku serabut..

4) subjek paling aku suka zaman persekolahan dulu ialah bahasa melayu selain subjek sejarah.. sebab itu bahasa melayu aku dulu asyik score A..haha. (cuba tanya aku berapa aku score subjek matematik tambahan? aku kureng dengan subjek itu yeah.. (tapi SPM, dapat jugak aku score A1..haha).


tapi secara jujurnya memang aku tak berapa menggemari menggunakan bahasa rojak (tapi kadang2 aku guna jugak..haha) dan juga bahasa pelat dalam penulisan aku (tapi kalau korang nak aku ajarkan bahasa Kelantan, boleh je..hehe).. tapi tipulah kalau aku cakap langsung tak guna bahasa rojak nie dalam perbualan harian aku dan juga dalam penulisan aku kan? ada juga aku guna bila berbual-bual dengan member2 tapi jaranglah kot..

kepada para blogger yang gemarkan penggunaan bahasa rojak2 dalam penulisan korang bolahlah teruskan ye, aku support korang.. yeah! aku tetap membacanya.. sebab aku memang suka membaca jadi aku layan semua jenis penulisan kecuali penulisan yang tidak sesuai untuk aku baca tu tidaklah aku layan.. contoh camni :

'MaRi2 KiTa BaCa EnTrI BaRu, SeLaMaT MeMbAcA yE PaRa BeLlOgEr SeKaLiAn, SiLa KoMen2 DaN FoLLow'

pening dowh~

Friday, February 11, 2011

Alasan Tak Update Belog


Seakan menjadi satu kelainan atau kepelikan.. kelainan yang membawa erti tidak sama dan 100% memang lain dari yang lain.. apa yang membuatkan aku sedikit berasa pelik, makin lama tidak update belog makin ramai pulak pengunjung yang datang ke belog nie.. Situasi ini sepatutnya tidak perlu untuk aku rasa pelik dan ia sebenarnya mencerahkan lagi peluang untuk aku membuang masa dengan awek cun..hahaha..
agak ramai beloger yang sudah menulis dan menerangkan sebab-sebab kenapa sesetengah beloger tidak mampu untuk update belog secara konsisten dan persis dengan 1001 alasan yang boleh diterima akal.. antara sebab tersebut ialah kekangan masa sehinggakan mereka tidak sempat untuk meluangkan sedikit ruang dan waktu untuk satu entry yang secara puratanya disiapkan dalam masa 15 – 30 minit.. aku pun tak tahu sejauh mana jahatnya masa sampai sanggup mengekang mereka sedemikian rupa..ish3~
kali nie aku akan nyatakan beberapa alasan untuk tidak update belog yang tidak logik akal tetapi boleh digunapakai (kot)..

1. PC/Laptop masuk air
PC atau laptop masuk air nie boleh disamakan semaksimun mungkin dengan PC/laptop rosak.. maklumlah kan, sekarang musim banjir ada lagi.. ya atau tidak, mungkin laptop korang yang menjadi mangsa air.. bayangkan kalau laptop korang tak dapat guna? memang tak jalan la kan kerja termasuk update belog.. nak pergi cyber cafe? masa laptop ok pun ada yang bagi alasan kekangan masa, diri tak femes sebagai sebab tidak update belog.. ini kan pula nak pergi cc, memang tak la.. tetapi jangan beloger tu sendiri sudahlah yang masuk air.. bukan setakat belog yang tidak update.. banyak kerja lain tergendala.. aduh~

2. Patah kedua-dua belah tangan dan kaki
kalau aku nyatakan patah tangan, mungkin persoalan patah sebelah je dan sebelah lagi boleh gunakan dan juga kalau kedua-dua belah patah boleh gunakan kaki untuk menaip..haha.. untuk mengelakkan persoalan yang agak tak senonoh ini keluar, baik aku nyatakan terus kesemua tangan dan kaki yang patah..hak3.. eh, mulut ada lagi, boleh pakai ape untuk menaip.. korang ingat menaip pakai pensel ke, letak kat mulut? lain la kalau laptop korang tu hebat.. kira macam touch screen je keyboard korang tu nak taip.. boleh pakai pen jugak, tapi korang sanggup ke dengan keadaan kesemua kaki tangan patah dan dalam keadaan sakit yang amat tersebut? sanggup je kan kalau korang beloger tegar, sebelum nie dalam sehari boleh terbitkan 6-7 artikel.. perghh~

3. Muka tak hensem dan tak cantik
tensen jugak kan kalau hari2 update entry bertulis je tanpa gambar kan? yela, nak letak gambar malu, muka tak hensem, muka tak cantik.. kadang2 terasa jeles juga tengok orang lain, makan lollipop pun update dalam belog.. entry beli lollipop harga 20 sen dengan kawan je tetapi disebabkan muka hensem/lawa berpuluh-puluh gambar letak dalam entry.. padahal gambar tersebut hasil kebijaksanaan photoshop saje..haha.. yang tak hensem tak cantik nie mula la merendah diri, last2 kecewa dan malas nak update belog lagi.. tetapi ada jugak jenis yang tak hensem tak cantik ni ego tinggi, buat belog tapi duk kutuk beloger lain (jangan~).. ape barang adik abang kakak takut tunjuk muka?

4. Tak reti nak menaip
nie lagi satu sindrom yang payah nak jumpa.. tapi ada je yang wujud.. kalau nak cari kromosom (dulu pun aku belajar je biologi) mana yang silap, aku pasti tak jumpa nak cari sindrom ni..haha.. payah memang payah! orang ada belog dia pun nak jugak.. tapi bila orang suruh update belog alasan menaip tidak reti dia bagi.. on PC pun tak pandai, sedih yang amat..haha.. aku rasa alasan tidak reti menaip tu boleh diterima lagi sebenarnya, yang memang tidak boleh diterima adalah tak kenal ABC (bagi yang berkemampuan untuk belajar~).. yang nie memang payah sebenarnya.. orang suruh pergi sekolah dia ponteng, lepas tu nak buat belog.. ape barang? ish3~

5. Tidak ada belog
aku rasa alasan ni paling sengal sekali..haha. bila orang duk cerita, duk bincang sebab2 kenapa sesetengah beloger tidak update belog dia pun mencelah sama.. bila ditanya pada dia sebab kenapa tidak update belog, jawapannya saya tiada belog, macamana saya nak update..muahaha..

Thursday, February 10, 2011

First Time Join Contest


nie la contest pertama aku, bukan kau..haha
harap2 dapat menang..
(doa kan aku =P)

hadiah pun ok,
aku tak mengharapkan yang aku akan dapat
kete sejibik pun,
hadiah shawl ngan topup RM10,
kalau dapat shawl tu,
aku bagi kat awek aku,
kalau tak nak bagi kat awek,
wat pakai kat aku je la,
bosan2 je, boleh la aku menyamar jadi awek cun..
muahaha..




Monday, February 7, 2011

Dah Nak Masuk Valentine Laa~

"Valentine's day dah dekat la! korang tak nak sambut ke?
jom la double date triple empatple limaple pun..haha"

tu la yang ape aku nampak dan baca kat facebook, tak tau la dia serius ke tak.. haih~ rosak gadis melayu sekarang nie (aku tak kata kat semua, certain je ok, aku pun minta maaf awal2 kalau ade yang macam nie, sambut benda alah cam gini, duk baca belog aku, if terbuat, taubat2 la).. semua sebab nak ikut cara orang barat.. tapi siapalah aku nak mempersoalkan benda nie kan? aku nie sembahyang pun kadang2 tak cukup, aku pun buat salah, aku tak perfect, aku pun bukannya ustaz, ilmu aku kurang lagi, just aku memang tak suka budaya nie, tapi tiba2 je terdetik nak post entry pasal benda alah nie..
ok, benda nie sepatutnya personal la kan? yang kau nak buat kempen kecoh-kecoh satu 'negara tu' apa pasal? buat habis duit je duk beli banner mahal2.. cukup la kalau kau nak ber#$&%@! dengan boyfriend/girlfriend kau, itu hak kau (semoga kau diberi hidayat).. ape2 jadi tu masalah kau dan keluarga kau (jaga la maruah) tapi jangan la nak bagi satu dunia tau.. betul tak? (if salah, tegurlah aku).. karang kalau ramai2 tau kau tak pakai seluar dalam silap2 timbul masalah kena skodeng la, kena rogol la, kes buang anak la.. padahal, at the first place korang jugak yang announce keterbukaan macam nie..ish3~

ape2 pun, itu komen aku pasal NO-panties promotion bila hari valentine..
kalau cakap pasal hari valentine, kalau korang nak tahu, sepanjang hidup aku berkapel dan berdating selama hampir dua tahun, tak pernah pun aku celebrate benda-benda valentine nie (aku bukan nak bangga).. bukan nak cakap tak romantik ke ape, cuma aku tak suka ikut apa orang barat buat.. lagipun asalnya benda valentine’s day nie ade kaitan kot pasal Christianity (dengar ceritanya macam tu la).. ramai orang kita suka ikut sesuatu memvavi buta je, samalah kes macam geng-geng skinhead dulu2..
walaupun aku tak sambut hari yang konon-kononnya hari kekasih tu, aku masih ada hari istimewa masa kapel2..haha.. aku celebrate anniversary tiap2 bulan (tiap2 18 april) instead of setahun sekali, sambut tu maksud aku tak ade la sampai nak beli hadiah yang macam2.. kurang2 ingatlah pasal hari tu.. jadi tiap2 bulan adalah sesuatu yang boleh diraikan bersama.. kalau tengah gaduh2 tu, boleh lupa gaduh kejap..hehe..

ok! stop sini, dah pukul 10pm, waktu buat assignment..haha.. malas nak masuk bab personal nie secara mendalam.. enough..

Sunday, February 6, 2011

Lagu Ni Agak Best

DADALI - DISAAT AKU MENCINTAIMU



Am Em
Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
F C
Di saat aku mulai mencintaimu,
Dm Am
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
F E
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Am Em
Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
F C
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Dm Am
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
F E
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Am Dm G C
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
F Dm E
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Am Dm G C
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
F Dm E
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta

Am Em
Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
F C
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Dm Am
Tak pernah ada yang menghiasi hariku,
F E
Di saat aku terbangun dari tidurku..

ok, lagu nie buat aku feeling habis bila main gitar..muahaha


GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI


jom join program abang kacak, Ben Ashaari..hehe
(klik pada gambar untuk join)


SAYA SOKONG DUNIA BLOG
DAN SAYA SUKA KERANA
SAYA MINAT MENULIS
DAN MEMBACA BLOG!
ANDA BAGAIMANA?

senang kan?

Blog = Bosan.. Kenapa Pulak??


how to start benda alah nie ea??

memulakan sesuatu perkara adalah satu problem bagi aku.. ade idea tapi tak tau nak start mula stop berhenti macam mane..

emm~ korang ingat lagi tak?? kalau nak buat karangan waktu sekolah2 dulu, cikgu mesti suruh buat guna teknik "1 husband, 6 wife" dulu (yang dia suruh tanya HOW WHAT WHO WHEN WHERE WHICH & WHY tu..) so, kat sini aku nak fokus kat WHY.. "WHY i create this blog??" atau dalam bahasa melayu, "apa pasal aku buat blog nie??" dalam ayat message (ngade2), "pEhAL aKuW wAt bL0G??"


honestly, aku pun tak tau kenape.. saje2 buat sebab bosan nak mampus waktu cuti.. nak study rase cam malas la pulak.. jadi aku decide untuk menghabiskan waktu cuti aku nie untuk buat blog dari aku duk tengok orang hisap rokok (aku TAK smoke ok).. lastly, nie la hasilnya, sebuah blog post yang diberi tajuk "blog = bosan.. kenapa pulak??" - hasil dari kebosanan aku yang teramat sangat kat kolej nie (baru sampai dari kelantan)..hehe...mula2 rasa cam malas nak buat tapi bila tengok kawan2 dah ade blog dia orang sendiri, maka terdetik la kat hati aku nie (dapat hidayah) untuk buat blog.. dengan adenya blog aku nie, boleh la aku luahkan ape yang aku rasa nak luahkan atau ape2 yang aku rasa menarik untuk dikongsi bersama.. kn? kn? kn?

Saturday, February 5, 2011

50th Followers Award

Mari2 adik abang kakak pakcik makcik..
nie haa~ ade buah tangan untuk followers belog nie..
tapi award nie especially untuk FAREHA
sebab dia follower yang ke-50 *clap3*
hehehe..

bagi siapa2 yang suka kumpul award,
korang copy paste la jugak..muahaha



Thursday, February 3, 2011

Aku Tak Bersalah, Itu Rezeki


Kenapa pulak nak marah aku?
sebab kau kenal aku, kenapa tak marah orang lain yang kau x kenal?
kau pakai baju jarang sangat, nampak kaler2..
bukan salah aku, sekilas pandang, aku tertengok je pun..
bukan nyer aku duk dekat2 kau, pegi tengok benda alah tu..
lagi pun mata aku memang dah rabun, Alhamdulillah sebab x nampak jelas ape yang kau pakai..
yang kau pegi pakai baju camtu apsal?
sebab kau memang nak tayang kan3?
so, salah siapa? kalau bukan salah aku salah kau, kau pegi la marah tauke kain..
tanya dia kenapa jual baju nipis2..

%#&^@$!



Wednesday, February 2, 2011

Pelatah Yang Hensem

OPOCOT MAK KAU TERGOLEK!! sori!! aku lelaki hensem yang melatah..huhu.. melatah tu apa? kuih ke? penyakit ke? budaya? tabiat? mungkin hobi? atau mungkin jugak ‘permainan’ suka-suka di kala bosan? KEPALA HOTAK KAU SUKA2!! (sori, stres sikit hari ni) atau… arrggghhh! aku pun tak faham kenapa aku melatah.. ape kes haa??
mengikut definisi aku bedal kat website SINI, kata dia la, kata aku lain..muahaha..

"Pakar Psikologi, Dr William S. Buroughs menjelaskan latah adalah situasi terkejut melampau (hyperstartling) yang ditemui di Asia Tenggara pada sesetengah bangsa saja dan amnya pada wanita"

*p/s : ehemm3~ Encik William, fakta anda tak betol, aku pun melatah..
CHOOOPPP!! lagi.. tapi kan, kenapa aku selalu nampak orang Melayu yang melatah? bangsa India dan Cina tak reti melatah ke? atau pun melatah ni memang ‘penyakit’ orang Melayu? heh? dan aku jarang nak jumpa atau nampak lelaki melatah kecuali aku..

aku mengaku, kadang-kadang tu aku melatah tak tentu hala (menjerit sebab tak tahan terkejut kat kawasan orang ramai) tapi bukanlah pelatah tegar yang pantang diusik je mesti akan melatah.. meh sini aku nak bagi tahu kategori pelatah :

1 >> pelatah gonjeng – yang ini jenis pantang diusik, dah melatah.. lepas tu, lambat pulak tu nak tenangnya.. ish3~ penat member.. janganlah kau orang usik pelatah type ini.. kesian~ kang tak pasal-pasal ada yang pendek umur sebab melatah.. yela, mahu tak semput dia duk bercakap entah hape-hape tu tanpa henti? orang nak lafaz akad nikah dalam satu nafas pun dah semput, orang camni lagi la..haha

2 >> pelatah berirama – haaa~ yang ini aku suka tengok..hehe.. macam mana tu? alaa~ yang main sambung-sambung ayat tu.. sergah dia sikit, dia melatah sekali dengan entah apa-apa gaya.. macam berjoget boria pun ada..haha.. pastu, kau orang sambung lah ayat dia latah tu dengan sergahan jugak, dia sambung melatah lagi.. kau orang pun sergah lagi sambung ayat dia.. dia pun menyambung ayat kau orang.. yang tak boleh blah nyer, sedap pulak tu dia dan kau orang ‘menyanyi’ sama-sama.. entah apa-apa lah ‘lirik’ kau orang.. kalau masuk ‘Jangan Lupa Lirik’, confirm menangis air mata darah Aznil dengar! hek3~

3 >> pelatah extreme – hah! yang ini bahaya! nak usik dia, make sure jangan ada apa-apa barang atau senjata merbahaya berhampiran dengan si pelatah.. elok-elok muka hensem / lawa, tiba-tiba kena toreh dengan parang.. melatah punya pasal, tak ada pasal, cari pasal.. kan dah naya tu.. kalau kat kenduri, jangan diusik si pelatah type macam ini.. elok-elok esok kenduri kahwin, bertukar pulak jadi kenduri arwah.. tak pasal-pasal je..huhu



macam-macam faktor yang menyebabkan seseorang itu melatah.. antaranya :
1 ~ meniru atau mengajuk perbuatan orang lain
2 ~ keturunan (ada ke genetik melatah??)
3 ~ terkejut tahap beruk mak yeh lalu beraksi di luar sedar

Aku start melatah masa tingkatan 5 tapi orang je tak perasan..hehe.. mengajuk latahan member la ni aku dah terkena badi latah ni.. haprak betul! aku ingat lagi 1st time aku melatah aku cakap “oiii kera tonggek minum todi..!!” hek3~
pehal aku melatah macam itu? al-kisah~ toiyib~

pendek je cerita, aku suka ajuk cakap orang, sekali ngan mimik muka..hehe..
pastu ada la kat kawasan bukit ni, aku lepak ngan kawan.. best la kot tengok view bandar dari atas bukit.. time tu aku duk teguk pepsi.. and then tersepak botol todi, terkezut la aku sebab kena kulit kaki aku, tak pasal2 kena samak.. cheese!!
pastu tiba2 je ade sekor kera nie melompat atas belakang aku sebab nak berebut pepsi ngan aku, terkeluarlah ayat nie, "oiii kera tonggek minum todi..!!"

terkejut beruk kera tu.. kera = beruk = monyet.. aah! same je~
Ok dah! sampai situ je boleh cerita..haha

Sekarang ni, tak ada dah melatah macam itu tapi ada style baru, aku sambung ayat last orang (yang aku dengar je.. kalau tak dengar, aku sebut benda LAIN).. =P
“Opocot mak kau tergolek!” hish! JANGAN CUCOK AKU..


Tuesday, February 1, 2011

Sekali Kena Tipu Daa~


Aku rasa ramai dah tahu..
tapi aku tak tahu sampai tadi setelah dikenakan oleh kawan ni..

website ni :

pernah dengar?

konon-konon si Peter ni tahu semua jawapan kat dunia ni la..

tapi kalau korang sendiri tanya, dia memang tak tau la..

website ni khas untuk kenakan orang lain, bagi orang lain yang percaya.

First,
korang tanya member korang,
"Weh, ko tau, website ni tahu semua pasal kita.. Ko nak tanya pape tak?"

Second,
then, kawan korang pun suruhla tanya pape, contoh "Kuwe pakai baju apa sekarang ni?"
nak lebih real, tulis in english la..

Third,
Dekat Petition, kan patutnya tulis "Peter, please answer the following question:"
tapi, instead of tulis tu, korang type "." (titik) dan type jawapan untuk soalan tadi.
contoh ".Real Madrid"

walaupon korang tulis ".Real Madrid" tapi yang keluar dekat ruang Petition tu, "Peter, please answer the following question:" (dia hide ayat lepas titik tu)
korang tekan la space bar sampai habis sentence "Peter, please answer the following question:"

(faham tak?)
sila try sekali ye.
kalau baca memang susah lah nak faham..

Forth,
tekan enter, nanti keluarla jawapan "Real Madrid"
maka, tekejut beruklah member anda, Kuwe yang sedang memakai baju jersi Real Madrid
hehehe..

tadi, habis semua tekejut beruk..
dah semua teori keluar
ilmu itam la
kerja setan la
database negara la

ayat yang tak boleh blah :
"ish~ jangan percaya, khurafat semua ni, kena banyak taubat dah~"
pastu ada yang terus pakai kopiah..haha

hahaha..
lawak betul..
nasib baik aku jenis susah nak percaya, terus google trick behind website tu..