Balak Hensem & Awek Cun

*JANGAN LIKE JE, KOMEN KALAU BOLEH :3*
TINGGALKAN LINK DI SHOUTBOX

SAYA BUDAK BARU BELAJAR
KALAU SALAH TOLONG TUNJUKKAN

Monday, January 31, 2011

Revolusi Punya Pasal

Tadi, baru je baca blog ariff.. Terbaca tentang krisis yang berlaku di Mesir.. Bila baca, macam dah tahap darurat jugaklah kat sana, sampai ada orang dibunuh, dirogol, lapangan terbang dibakar dan macam-macam lagi.. Aku tak pasti kenapa benda ni boleh jadi sedemikian rupa dan aku harap pihak Malaysia dan Dato’ Najib dapat buat sesuatu tentang krisis pelajar-pelajar kita yang berada di Mesir.. Nak balik punyalah payah dan sampai satu tahap, memang keadaan pelajar kita sangat merbahaya sehinggakan menjadi sasaran untuk dibunuh dan dirompak..
Ini satu surat dari Nadia yang disampaikan ke saudara Ariff untuk tatapan bersama..
Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka. Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia
Ok.. Aku tak nak ulas apa-apa.. Kalau korang ada berita lanjut, boleh kongsi kat bahagian komen dan share sama-sama.. Mana tahu, ada pelajar Mesir yang baca blog ini, bolehlah kongsi apa-apa update yang patut.. Aku harap kesemua pelajar Malaysia yang berada di Mesir dapat diselamatkan dengan kadar yang segera. InsyaAllah.. Sama2 kita berdoa untuk keselamatan mereka.. amin~

Thursday, January 27, 2011

Baru Je Tengok Semalam (26/1/2011)

Ok, aku nak review sikit pasal movie nie,
"Hantu Kak Limah Balik Rumah"
cerita ni aku tengok dekat jusco bukit raja,
aku masuk lambat dalam panggung tapi bernasib baik
sebab cerita belum mula…
ok, cerita pasal Husin
telah pulang ke kampung pisang
daripada singapura selepas
3 tahun meninggalkan kampung pisang
demi mengukuhkan kewangan dia
untuk berkahwin dengan anak
pakcik jabit iaitu Che’Nin..
dalam kepulangan husin ke kampung pisang
Kak Limah jiran husin nih dah jadi hantu
sebab husin tegur pun buat dekk je..
malam pertama husin tidur dekat rumah dia sendiri
pun dia kene kaco dekat hantu kak limah
mau berlari dia..
husin lari ke gerai pak jabit,
lepas tuh ceritakan dekat orang2 gerai tuh
kak limah jadi hantu..
lepas tuh orang2 kampung pun panggil la
macam2 bomoh untuk hapuskan hantu kak limah..
dalam keadaan sibuk dengan hantu kak limah
husin nie cuba tackle balik bekas tunang die Che’Nin tu
sampailah suatu masa mereka buat mesyuarat 1 kampung
nak hapuskan hantu kak limah..
si usop tangan menari2 tuh cadangkan bakar rumah kak limah..
jadi ramailah setuju nak bakar rumah kak limah
tapi si husin nie macam menghalang mereka
sampailah anak kak limah datang cari mak dia
untuk bawak mak dia masuk balik hospital gila
rupa-rupanya kak limah tu gila..
si husin pulak tidak kesampaian untuk pikat semula
Che’Nin sebab Che’Nin sebenarnya dah mati..
selama nie husin nampak roh dia je..
tapi ada 1 gadis misteri bernama ayu
minat dekat husin tapi ayu nie pun
hantu jugak sebab ending cerita nie tunjuk si ayu terbang
habis dah!!
overall cerita nie kelakar gila jugaklah
lawak dia berselang-selang
tapi sekali dah tunjuk lawak dia..
aku komfom penonton akan gelak
untuk 1 tempoh masa yang agak lama
mungkin 1-3 minit..
tak rugi kalau tengok dengan family
atau kawan2..hahaha..

Aku Suka Tengok Perempuan Cantik, Tapi Aku Takde Niat Nak Main Kayu Tiga

Ahh!! jangan korang taknak ngaku pulak.. mat homo je yang tak suka tengok pompuan cantik, yang dah berkapel pun suka je, tak normal kalau laki tak suka tengok.. Aku suka tapi bukannya aku nak ajak pompuan tu romen2 pun dan jugak, macam la minah tu nak kat aku pun, KALAU aku offer, kalau dia nak pun aku taknak.. alaa~ aku suka tengok yang dalam tv or movie je.. lagi pulak, jahat macam mana pun aku nie, aku setia pada girlfriend aku, dah nak masuk 2 tahun kami kenal, kan che alyaa? haha..




ground rules for comments (that I can bend) :
- No pornography!!
- No self-righteous comments or ceramah..

you want it different? create your blog post and don't come back here.. contoh post yang korang boleh buat macam: "AKU SUKA POMPUAN PAKAI TUDUNG DAN AKU MEMANG PERVERT SEBENARNYA" atau "AKU TAK SUKA TENGOK POMPUAN, JADI LEBIH BAIK AKU JADI HOMO", atau yang lebih-kurang sama macam tu..

ok, ade bantahan?


Saturday, January 22, 2011

Hari Ni Takde Mood

I am stressed out.. too stress that I feel like talking nonsense and typing away without checking the spelling..

Since it is advent, I restrict myself from talking bad things so I just post this pantun yang menyakitkan hati..

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar.

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang.

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery.

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak.

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ke?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan.

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan.

Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau.

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water.

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit.

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena.

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap.

If tak lawak aku tak kisah, janji aku dah lepas kan stress~ haiyo~

Friday, January 21, 2011

Masak-masak Bersama Che Deen

Aku tak mahir memasak.. walaupun aku duk kolej (asrama), mengidam jugak nak masak.. kadang-kadang terpikir jugak nak improve skill memasak.. setakat nak buat ayam masak kicap, masak sardin ke, telur masak merah, spageti, aku terer la.. aku teringin nak masak makanan melayu yang hebat-hebat macam gulai tempoyak, masak lemak cili api ke..hahaha.. selama bertahun-tahun aku menggunakan teknologi internet, aku tak pernah buat carian pasal "resepi".. tiba-tiba tergerak hati nak cari resepi.. mana la tau kan, boleh masak untuk bini, jd MR.MAMA la pulak..hahaha.. dan Tuhan itu Maha Adil, dia menemukan aku dengan satu video menarik iaitu resepi untuk orang bujang..


amek ko!! tengok video nie..haha..



korang boleh la cuba buat makanan nie kat rumah korang.. resepi dia mudah je kan? kos pun tak tinggi.. murah je.. tapi aku rasa mungkin korang terpaksa keluar modal lebih untuk permulaan.. sebab nak kena beli roti, pastu peanut butter, jam dan skrin monitor atau LCD.. mungkin korang rasa nak hempuk monitor korang kan?? hahahahaha.. padan muka!!