Balak Hensem & Awek Cun

*JANGAN LIKE JE, KOMEN KALAU BOLEH :3*
TINGGALKAN LINK DI SHOUTBOX

SAYA BUDAK BARU BELAJAR
KALAU SALAH TOLONG TUNJUKKAN

Wednesday, December 29, 2010

MALAYSIA MENANG AFF SUZUKI 2010..!!


Malaysia mendahului Indonesia 1-0 menerusi jaringan penyerang Safee Sali pada minit ke-53 pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno..

Ini menjadikan kedudukan agregat 4-0 selepas Malaysia menang 3-0 di Kuala Lumpur, Ahad lalu..
Pada babak pertama, Indonesia hampir mendahului selepas mendapat sepakan penalti pada minit ke-18 tetapi tendangan Firman Utina dapat diselamatkan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat..

Sementara itu, beberapa insiden membabitkan pancaran cahaya laser turut dilakukan penyokong, termasuk ketika Khairul menghadapi tendangan sudut, sepakan percuma dan penalti..

Indonesia membalas satu gol menerusi jaringan Mohamad Nasuha pada minit ke-71 bagi menjadikan kedudukan kini terikat 1-1 pertemuan dengan Malaysia pada final kedua Piala Suzuki AFF, di Stadium Gelora Bung Karno..

Malaysia bakal mencipta sejarah membawa pulang trofi Piala Suzuki AFF buat julung kali meskipun seri 1-1 dengan Indonesia pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno, sebentar tadi..

Tetapi pada minit ke-88 pula, Indonesia mendahului Malaysia menerusi jaringan Muhammad Ridwan untuk menjadikan kedudukan 2-1..

Namun, dengan keputusan itu, ia menjadikan agregat 4-2 kepada Malaysia.. dan muncul sebagai JUARA Piala AFF Suzuki 2010..!!



MALAYSIA JUARA, MALAYSIA BOLEH..!!


p./s : tu la.. cakap lagi malaysia pancar laser.. terang2 penonton indon yang buat.. tahniah wira-wira kita.. membuktikan bola sepak malaysia lebih cemerlang dan gemilang.. Alhamdulillah.. Tahniah Harimau Malaya..!!




Gelagat Final AFF Suzuki 2010 - Malaysia vs Indonesia


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, perlawanan akhir pertama AFF Suzuki Cup di Stadium Bukit Jalil berakhir dengan Malaysia membawa bekal 3-0 menuju ke Jakarta untuk pelawanan akhir pusingan ke dua.. Tahniah Malaysia memang Malaysia Boleh..
Suasana di stadium Twitter tak kurang panasnya antara twitter Malaysia dan Indonesia.. Antara tweet panas yang aku nak kongsikan..

1. “@elisssbrv: RT @rincxx: Final AFF Suzuki Cup Leg 1 berakhir dgn skor 3-0 ☺ Malaysia menang dgn penuh kecurangan!”
2. “@RivkiSatria: Malaysian supporters shot laser at Indonesian player in order to make them lost their concentration in AFF Suzuki Cup tonight in Bukit Jalil”
3. “@nurultahta: Tapi kenapa Malaysia pake laser? Kok curang yaa? RT “@NikeMY: AFF Suzuki Cup: Malaysia with 3 goals up ahead Indonesia. Stadium Bukit Jalil”
4. “@atuladawiyah: RT @lidew: Baru kali ini gue nonton Suzuki AFF cup n Baru kali ini emosi. Malingsia kampungan abes. Lu kira sunatan massal? Pake laser n petasan sgla”
5. “@igedeagungl: 29 desember 2010,gelora bung karno:ribuan supporter malaysia ditemukan tak bernyawa setelah selesainya final aff suzuki cup *amin”
6. “@emilykwan87: RT @glennguan: AFF Suzuki Cup finals 1st leg match, Mal vs Indon. Game suspended. Fans used lazers n fireworks. #fb”
7. “@mentarids: Malaysia menang secara KOTOR, CURANG, dan KAMPUNGAN”
8. “@jonathanfun: RT @jasonmumbles: We, Malaysians, are ashamed of the laser but you can’t say we cheat cos we scored AFTER the incident.”
9. Dan banyak lagi emosi yang diluahkan sehingga ada yang tidak masuk akal hanya kerana bola sepak final yang pasti ada yang menang dan tewas..

Untuk kes laser ni Indonesia pasti akan balas lebih teruk di Jakarta kelak kerana telah terbukti dalam banyak kes sebelum ini Indonesia pasti hendak menang dalam apa juga keadaan dengan cara apa pun.. Semangat benci kepada Malaysia negara kecil yang mendahulu segalanya menjadi kebencian kepada Rakyat Indonesia bukan menjadi motivasi untuk jadi lebih baik dari Malaysia itulah hakikatnya..
Bagi aku laser ini hanya sebagai alasan sahaja untuk menutup kekalahan.. Kalah dan menang memang pasti akan adalah dalam suatu pertandingan kenapa harus dibesar-besarkan sehingga menggunakan perkataan yang kasar dan tidak sepatut digunakan..
Sebab tu dari awal aku memang tak setuju dengan AFF buat 2 pusingan final.. Kenapa tidak buat satu grand final sahaja di negara berkecuali..
Semuga team Malaysia tabah mengharungi gelora di Jakarta dan berjaya membawa Piala Suzuki untuk pertama kali.. Kami tahu Malaysia Boleh!!!

ore kelate kito nie!! hoho..
supporter indonesia..haha
nah ko!
belilah spek itam RayBan.. XD
p/s : banyak provokasi mengarut disiarkan media indonesia.. ape hal?? haha..

Sunday, December 26, 2010

Zaman Sekolah Dulu2

Budak2 yang lahir pada 70/80/90an mesti ingat lagi mase sekolah rendah dulu2..
..SYOK ABES ZAMAN NIE..hehe..

kat sekolah dulu ade salesman datang nak jual buku cerita cam sang kancil dan buaya, jack dengan kacang ajaib, si tenggang dan macam2 lagi.. hari nie bagi list, esok bagi duit dan ambil buku.. kalau yang dah hilang list tu, menangis macam mati anak..haha.. beli jugak buku tu walaupun dah tau cerita tu, bila orang lain baca buku, terikot jugak nak baca buku sebab nak tunjuk siapa paling rajin membaca..haha..


salesman susu pun same jugak.. zaman tu dah start RMT, datang awal ke sekolah sebab nak dapatkan susu kotak, program tu untuk murid2 yang keluarga nyer berpendapatan rendah tapi yang berduit pun join jugak, xpaham2.. teringat jugak mase darjah 1, ade jugak yang bawak stok sendiri, botol susu yang baby selalu teguk tu, sorok dalam beg.. pelik je, time rehat, bawak beg pergi tempat yang takde orang.. haa! isap botol baby! kan dah kantoi ngan aku..haha


bila cikgu tak masuk kelas sebab ade mesyuarat, mula la ade yang jadi kepala nak buat jet kertas, macam2 style ade, siap bagi nama 'ganas' kat jet tu..haha.. mase darjah 5 kalau tak silap, kawan sekelas aku, nama tak perlu bagi tau.. buat jet sebab nak tackle sorang budak perempuan yang selalu lalu depan kelas aku.. huh! datang kelas awal2, tulis surat cinta la konon, 'saya suka awak'..hehe.. pastu lipat, jadikan jet pastu hias2 sikit, letak love sikit..haha

bila budak perempuan tu lalu depan kelas, dia pun mula terbangkan jet tu.. nasib budak laki tu kot, jet tu landing betol2 depan budak tu.. budak tu pun ambil la jet tu, selambe je dia ambil jet tu, buang dalam tong sampah.. budak laki tu frust kot, bila waktu rehat, dia balik rumah.. yela, cinta monyet..haha.. macam2 je..

bulu rotan pulak..haish.. dah jadi ramping sebab dijadikan rotan tapi ade jugak yang jenis otak kreatif, dicabut nyer bulu ayam tu buat penanda buku.. cikgu pun perli budak2, ‘ok ye murid2, sorang cabut satu bulu ayam nie’.. budak2 kan, ikot je cakap cikgu tu, yorang tak tahu padahal cikgu tu duk perli, cabut je la bulu ayam kat rotan, lagi berang la cikgu..haha.. ayam2 zaman tu pun takde sangat dah stok bulu..haha..
jumpa pemadam je nak beli, jumpa pemadam je ajak lawan..haha.. pemadam takde fungsi untuk memadam bekas2 pensil dah.. kalau yang laki, suka beli yang ade gambar cam bendera, kalau yang perempuan suka yang ade bentuk cam buah.. simpan dalam pencil box, sayang nak guna..hehe.. padahal fungsi sebenar memang untuk padam!!

ade BCG, inject2 tu~ takot la, ape la, macam2 alasan bagi sebab tak nak kena cucok.. tapi lepas kena inject, poyo je..haha.. maklum la, budak2, masing2 nak tunjuk hebat..

haa~ balik sekolah je, beli DING DANG, tak pun TORA, best jugak benda alah nie..haha.. beli semata-mata nak mainan, coklat tak makan pun =P

tapi zaman sekarang takde dah benda nie, takde mase nak layan semua nie.. sekarang ade PSP, kete kontrol.. kalau ade pun, sikit je yang 'AMAL' kan..haha.. pejam celik..pejam celik, aku dah nak masuk umur 20.. tu la al-kisah zaman sekolah rendah dulu2~


Friday, December 24, 2010

Nak Masuk 2011 Dah

Hoorey~ welcome 2011.. bersyukur yang aku masih lagi bernafas dan dapat meneruskan kehidupan aku bersama orang yang tersayang.. rasa cam sekejap je masa berlalu.. pejam celik, pejam celik, lenguh je mata jadi nyer..haha

azam & semangat untuk tahun baru ape pulak kali ni yer??? adekah masih meneruskan azam2 yang bertahun2 punya yang belum tertunai..haha.. mula2 je semangat buat azam nak buat itu ini, nak jadi camtu camni kan.. bila dh tengah2 bulan tu, tak buat pape, ape yang diazamkan pun dah tak ingat.. =P

ape pun tahun 2010 banyak sungguh kenangan manis pahit aku tempuhi.. tapi banyak yg pahit la..huhu.. aku pun dah tak ingat ape azam aku masa awal2 tahun 2010 dulu..hehe

kalau tak lupa ingatan aku.. aku berazam supaya tiap2 hari aku masukkan duit syiling dalam tabung aku..haha.. sampai ke hujung2 tahun ni tabung tu masih tak penuh2.. asal banyak je korek.. asal xde duit je cari tabung.. azam yg lain aku nak perbaiki diri aku supaya lebih sabar, tabah, tak nak emosi2, tak nak ego2, nak score 3.5 ke atas untuk sem 2 nie..amin~

dan yang nampaknya membuahkan hasil sedikit dari azam aku tu adalah....... memancing, alhamdulillah dapat jugak angkut, sekor pun jadi la, asalkan aku dapat ikan tahun nie..haha


sempena kite nak masuk tahun baru.. adekah kamu, kamu & kamu semua sudah muhasabah diri??? tinggalkan yang lepas mulakan kehidupan yang baru dengan azam yg baru lagi..


Sahabat

Sahabat tak menarik kalau hati tak tertarik...

Sahabat tak kan terbayang kalau hati tak sayang...

Sahabat tak syahdu kalu hati tak rindu...

Sahabat tak ade class kalau hati tak ikhlas...

Keiklasan & Kejujuran datang dari diri kita sendiri..