Balak Hensem & Awek Cun

*JANGAN LIKE JE, KOMEN KALAU BOLEH :3*
TINGGALKAN LINK DI SHOUTBOX

SAYA BUDAK BARU BELAJAR
KALAU SALAH TOLONG TUNJUKKAN

Showing posts with label realstory. Show all posts
Showing posts with label realstory. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

Cerita Che Deen #2

Erkkkkk~
banyak betul angin dalam badan dalam bulan puasa nie..
ok, aku sendawa sebab angin dalam badan,
bukan aku baru lepas makan OK!  
aku puasa la!

jangan ingat aku marah korang ok..
sayang korang sangat2, mwahhh!

*p/s : aku sayang laki bukan bermaksud aku gay,
sayang kat perempuan bukan bermaksud aku nak menggatal ok..


ok, aku nak bercerita lagi pasal ape yang terjadi di sekeliling aku,
baru pagi tadi je kena~

al-Toiyib~
pak polis : berhenti3.. *sambil dia hayun tangan suruh aku ke tepi

che deen : *sreeeeeeettttt~ (bunyi break) *kruk krak kruk krak.. (tukar gear)

pak polis : dah habis dah periksa?

che deen : dah, 3 bulan lepas, result pun dah dapat *sambil pegang bontot nak keluarkan dompet ambik lesen (padahal en.polis tak mintak pun)

pak polis : periksa2 jugak, lesen ada?

che deen : *dengan bangganya aku keluarkan license "P" aku yang bewarna oren..

pak polis : sekali dia pandang motosikal belah depan aku..
 
che deen : *terfikir~ (apa aku nak cakap nie, stiker P takde) *dengan sewenang-wenangnya bagi alasan.. lambang "P" tu tercabut hari tu.. saya dah pasang dah.. lagi pun hari tu baru kena saman JPJ..

pak polis : kena saman? orang JPJ tu cabut ke?

che deen : dalam hati aku ckp.. *ape la polis nie, takkan la JPJ nak cabut lambang tu..

pak polis : ok, ok, boleh jalan..

che deen : aik? takde saman?

pak polis : kalau nak, saya boleh tolong tulis banyak2..

che deen : eh, takpe2, pakcik bagi je kat orang2 yang bawak kereta mewah2, biar dia orang sedekah, bulan puasa kan bagus kalau sedekah2..

pak polis : *dia start enjin pastu terus blah


che deen : *pelik je, nak bermesra ngan aku kot..haha

*p/s : jangan nak main2 mintak saman..hehe

Thursday, July 28, 2011

Cerita Che Deen #1

Sawadikap readers, semoga sihat2 selalu, yang sakit makan ubat ye, sekarang kan musim demam kot, panas semacam je.. Che Deen ade kat bangkok sekarang, lepak dalam hotel je nie, nak keluar panas.. panas sangat, kalau pecah kan telur atas jalan tar tu, silap2 boleh je jadi telur goreng..haha

disebabkan bosan sangat, Che Deen nak cerita serba sedikit pasal diri Che Deen sendiri semasa zaman Cinta Monyet~ terdetik nak cerita pasal nie sebab ternampak satu couple siam nie duk makan2 romantik.. romantik camne? makan suap2 la, kaki kat bawah meja tu duk bergesel..haha.. dia orang berbulan madu kat sini kot..


ok la, Che Deen mula bercerita..


AL-KISAH~ TOIYIB~
kat mesin ATM
Che Deen :  awak, jom makan kat restoran tu, saya belanja, nak?


Miss EX : boleh je, dah tengahari nie, perut pun lapar..


Che Deen : ok, makan kat kedai yang ade air-cond la ye..


Miss EX : tak kisah, janji awak bayar la ye =P


kat restoran
Pelayan : order cik..


Che Deen : bagi set nasi ayam madu ye dengan fresh oren..


Miss EX : awak, betul ke nak belanja nie?


Che Deen : betul la, takkan saya bawak awak datang jual ikan..haha


Miss EX : haha.. ok dear.. waiter, give me chicken chop and fries ok,
with honeydew cocktail..


Che Deen : *dalam hati (amboi, baru 2 minggu kenal, dah jadi minah saleh, makan pun western, speaking pulak tu kat kedai camni, mentang2 aku baru wat keluar duit, kau main bedal je order ye)


Pelayan : ok, dalam 15 minit makanan cik sampai ye..


30 minit kemudian
Che Deen : awak, tak makan nasi ke?


Miss EX : em, saya diet la..


Che Deen : *dalam hati lagi (diet ape benda la minah nie, dah kurus pun masih kurus lagi, nak jadi model kat makmal biologi je ape, tergantung kaler putih dalam makmal)


Miss EX : eh awak, cuba tengok mamat tu.. eh2, muka dia sama macam awak la, tubuh pun sama cuma dia single kot..haha


Che Deen : awak tau tak, awak cakap macam tu, awak cuba sama kan saya dengan dia, perlu ke awak nilai dia dan cuba sama kan saya dengan dia?


Miss EX : ape pulak tiba2 je tinggi suara nie? dah memang betul sama, awak nak salah kan saya ke? dah memang sama, kalau tiba2 mamat tu ajak saya keluar, mesti la saya keluar sebab muka awak dengan dia sama..


Che Deen : baru 2 minggu kenal awak dah macam nie? pusing2.. ok la awak, saya jenis tak suka berleter panjang dan direct to the point.. awak makan la chicken chop dengan cocktail awak tu, berlagak la jadi minah saleh ke, jadi la ape pun.. saya tak kisah dah.. aku bayar part aku, kau bayar part kau..


Miss Ex : *duk perhati beg tangan dia, cari ape benda entah.. pastu merayu kat aku sebab tertinggal purse dia..


Che Deen : dah la, aku tak suka orang macam kau, 2 minggu sebelum nie ok je, aku lagi suka kenal minah 2 minggu lepas.. (gedebush! Che Deen letak RM10 atas meja, pastu blah)


TAMAT


ok dah, nie je cerita lama yang Che Deen ingat.. biasa la, cinta monyet kan =P
dan ape kata korang?

ok, blog2 jugak, jangan lupa sokong Malaysia malam nie,
sama2 berdoa ok =D
GOMO MALAYSIA GOMO!!
hahaha..


Tuesday, May 24, 2011

Sabarlah Hati

Hari nie sangat spoil sebab masuk kelas lewat,
kena bla3 (faham2 la camne), lewat 5 minit je padahal..
salah aku jugak sebab tido pukul 4 pagi duk wat assignment,
kelas pukul 8.30 pagi
je..
last2, kertas yang aku siapkan tu aku tertinggal kat bilik la pulak.. adoi~



mula la aku banyak berfikir..

bila mood belajar dah ke laut akibat masalah manusia2 yang berkenaan, semua kerja jadi tak kena..

semua kerja jadi tak ikhlas sebab wat tak sepenuh hati..

cuba berfikiran positif sebab tahu semua tu dugaan hidup.. masakan manusia semuanya sama? tidak bukan? tapi hati ini susah untuk dimengerti...

bawa la bersabar.. akan tiba jua hari aku nanti bila mana semuanya akan menjadi mudah dan senang.. ikhlaskan la apa jua yang dilakukan..

tabah walaupun bersedih dan tak mampu rasanya menghadapi dugaan..

tak semua perkara adalah buruk.. tapi di sebalik yang buruk itu, akan terbit sesuatu yang indah..

tunggu masanya nanti..

Kuat la hati.. KUAT~!! tak semestinya body kena berketul..haha

Semoga hari2 yang mendatang dapat ditempuhi dengan sabar dan di dalam keredhaan Allah.. amin~