Balak Hensem & Awek Cun

*JANGAN LIKE JE, KOMEN KALAU BOLEH :3*
TINGGALKAN LINK DI SHOUTBOX

SAYA BUDAK BARU BELAJAR
KALAU SALAH TOLONG TUNJUKKAN

Thursday, July 28, 2011

Cerita Che Deen #1

Sawadikap readers, semoga sihat2 selalu, yang sakit makan ubat ye, sekarang kan musim demam kot, panas semacam je.. Che Deen ade kat bangkok sekarang, lepak dalam hotel je nie, nak keluar panas.. panas sangat, kalau pecah kan telur atas jalan tar tu, silap2 boleh je jadi telur goreng..haha

disebabkan bosan sangat, Che Deen nak cerita serba sedikit pasal diri Che Deen sendiri semasa zaman Cinta Monyet~ terdetik nak cerita pasal nie sebab ternampak satu couple siam nie duk makan2 romantik.. romantik camne? makan suap2 la, kaki kat bawah meja tu duk bergesel..haha.. dia orang berbulan madu kat sini kot..


ok la, Che Deen mula bercerita..


AL-KISAH~ TOIYIB~
kat mesin ATM
Che Deen :  awak, jom makan kat restoran tu, saya belanja, nak?


Miss EX : boleh je, dah tengahari nie, perut pun lapar..


Che Deen : ok, makan kat kedai yang ade air-cond la ye..


Miss EX : tak kisah, janji awak bayar la ye =P


kat restoran
Pelayan : order cik..


Che Deen : bagi set nasi ayam madu ye dengan fresh oren..


Miss EX : awak, betul ke nak belanja nie?


Che Deen : betul la, takkan saya bawak awak datang jual ikan..haha


Miss EX : haha.. ok dear.. waiter, give me chicken chop and fries ok,
with honeydew cocktail..


Che Deen : *dalam hati (amboi, baru 2 minggu kenal, dah jadi minah saleh, makan pun western, speaking pulak tu kat kedai camni, mentang2 aku baru wat keluar duit, kau main bedal je order ye)


Pelayan : ok, dalam 15 minit makanan cik sampai ye..


30 minit kemudian
Che Deen : awak, tak makan nasi ke?


Miss EX : em, saya diet la..


Che Deen : *dalam hati lagi (diet ape benda la minah nie, dah kurus pun masih kurus lagi, nak jadi model kat makmal biologi je ape, tergantung kaler putih dalam makmal)


Miss EX : eh awak, cuba tengok mamat tu.. eh2, muka dia sama macam awak la, tubuh pun sama cuma dia single kot..haha


Che Deen : awak tau tak, awak cakap macam tu, awak cuba sama kan saya dengan dia, perlu ke awak nilai dia dan cuba sama kan saya dengan dia?


Miss EX : ape pulak tiba2 je tinggi suara nie? dah memang betul sama, awak nak salah kan saya ke? dah memang sama, kalau tiba2 mamat tu ajak saya keluar, mesti la saya keluar sebab muka awak dengan dia sama..


Che Deen : baru 2 minggu kenal awak dah macam nie? pusing2.. ok la awak, saya jenis tak suka berleter panjang dan direct to the point.. awak makan la chicken chop dengan cocktail awak tu, berlagak la jadi minah saleh ke, jadi la ape pun.. saya tak kisah dah.. aku bayar part aku, kau bayar part kau..


Miss Ex : *duk perhati beg tangan dia, cari ape benda entah.. pastu merayu kat aku sebab tertinggal purse dia..


Che Deen : dah la, aku tak suka orang macam kau, 2 minggu sebelum nie ok je, aku lagi suka kenal minah 2 minggu lepas.. (gedebush! Che Deen letak RM10 atas meja, pastu blah)


TAMAT


ok dah, nie je cerita lama yang Che Deen ingat.. biasa la, cinta monyet kan =P
dan ape kata korang?

ok, blog2 jugak, jangan lupa sokong Malaysia malam nie,
sama2 berdoa ok =D
GOMO MALAYSIA GOMO!!
hahaha..


4 comment(s):

♥GAdiSMeRaHJaMbU♥ said...

amboi, garangnye che deen :P

2 minggu sblm tu dia org yg mcm mana? huhu

Che Deen™ said...

haha.. takde la garang sangat..

2 minggu sebelum tu dah nampak dia buat perangai, dia tanya, kalau kita orang keluar, perlu ke dia pakai tudung ke tak.. ish3..

Popoi said...

lau cmtu,, mmg ptut grang pun,, heee ^^

Che Deen™ said...

kan2?? ade jugak yang sokong..wakaka!