Balak Hensem & Awek Cun

*JANGAN LIKE JE, KOMEN KALAU BOLEH :3*
TINGGALKAN LINK DI SHOUTBOX

SAYA BUDAK BARU BELAJAR
KALAU SALAH TOLONG TUNJUKKAN

Monday, August 29, 2011

Perutusan Raya

klik gambar untuk lebih jelas..hehe

Sunday, August 28, 2011

Tak Ada Usaha Tak Ada Hasil

Bagi siapa2 yang blogwalking kat blog Che Deen,
mungkin korang perasan yang header blog nie selalu je berubah..

dua tiga hari nie Che Deen tak larat nak post entry baru sebab selsema,
tapi sakit2 pun asyik duk cekang mata depan laptop..hehe..
nak cerita pasal header je..

dulu macam nie


sekarang macam nie
 eh, korang boleh klik2 kat atas kanan header nie.
kalau nak tau ape yang jadi, try la.hehe.
tak pro lagi, banyak lagi Che Deen kena belajar,
ape2 pun, macam tu la hasilnya.
takley blah ayat flash tu.haha
sekian..

Friday, August 26, 2011

Pelita Malam 7 Likur

Selamat Hari Raya Aidilfitri
kepada semua umat yang beragama Islam
*p/s: aku wish banyak kali, takut tak sempat wish pada hari raya tu


Masa aku kecik2 dulu suka jugak tengok pelita.. ada pelita buluh yang dibuat sendiri.. ada pelita besi, ada kayu macam2.. ada pasang dua tiga sekeliling rumah..

bagi aku ia hanyalah satu rencah persefahaman kaum.. budaya memasang pelita sudah tentu dibawa oleh masyarakat bukan melayu iaitu cina dan india.. seperti pelita india dan tanglung.. bila dia orang datang ke tanah melayu bukan sahaja bawa diri mereka tetapi juga membawa budaya.. dengan ini budaya ini dah diasimilasikan beratus-ratus tahun dahulu dan sudah sebati selain menjadi juga adat orang melayu.. ia merupakan satu tindak balas masyarakat peribumi dalam mengasimilasikan budaya asing.. di mana menunjukkan kita warga malaysia sudi bertolak ansur dan boleh hidup dengan pelbagai kaum dengan aman.. bila dilihat pelita pada bulan Ramadhan sudah tentu orang mengaitkan dengan malam 7 likur.. 

korang tahu tak? apa sebenarnya ia? aku sendiri tak tahu untuk memahaminya.. ia adalah malam 7 terakhir Ramadhan dan ia juga menjadi kemuncak.. semua orang duk sibuk.. budak2 semakin giat main mercun (nak abiskan stok).. bukan macam Ayeem Ayam tu, sekali main je, boleh habis semua stok..haha..


yang si mak dan yang anak dara sibuk duk buat kuih dan kemas rumah.. ayah dan anak teruna pulak, makin lewat dan jarang ada kat rumah, selalu duk kat masjid, artis2 sibuk test baju raya untuk shooting, stesen2 tv sibuk menyiarkan rancangan raya, radio2 sibuk putar lagu raya.. hakikatnya macam tu la yang terjadi pada malam 7 likur.. pendek kata semua orang busy bila sampai 7 hari yang last ramadhan..

persoalan ini juga dah bermain dalam fikiran sejak dulu lagi.. tapi hari ini saya boleh mengaitkan dan menghubungkaitkan kesibukan mereka semua tu kerana apa.. kerana kita masing2 cuba membuat yang terbaik pada 7 akhir ramadhan.. ada yang sibuk mengumpul wang ringgit, keseronokan, populariti dan pahala..

jika dihayati kenapa orang dulu2 memasang pelita? yang pasti kita perlulah memilih jalan kita dan hala tuju kita.. adakah pada tahun ini kita akan mengumpul pahala yang lebih banyak dari tahun lepas memandangkan ramadhan bakal berakhir? pendapat aku la, kenapa orang dulu2 memasang pelita pada malam 7 likur adalah :
  • tanda aras bahawa ramadhan akan berakhir
  • hari yang sangat sibuk bermula
  • peluang terakhir untuk bersedekah
  • peluang terakhir untuk membayar zakat fitrah
  • peluang terakhir untuk mengejar pahala ibadat
  • tanda pencarian yang terbesar dalam bulan ramadhan iaitu LailatuQadar

tidak ada yang lebih besar jika dibandingkan kesibukan kesibukan dan apa yang dilakukan pada malam2 lain selain Lailatul Qadar.. pada pengetahuan aku la, hanya ada 4 golongan manusia yang tidak diampunkan dosanya jika bertaubat dan berdoa pada malam tu iaitu :
  1. orang yang kekal minum arak.
  2. orang yang derhaka kepada ibubapanya.
  3. orang yang memutuskan silaturahim.
  4. orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih 3 hari. 
aku memandang pelita pada malam 7 likur pada sisi yang baik memandangkan ia adalah satu peringatan kepada kita.. cuma penilaian kita dari segi maksud sirat dan tersirat berbeza.. sama-samalah kita mengaharapkan ramadhan yang bakal berakhir ini merupakan ramadhan yang lebih baik dari ramadhan sebelumnya..

sekian ayat skema dari aku..

Thursday, August 25, 2011

Spontaneous Thursday #1


Tempat Jatuh Lagikan Dikenang,
Inikan Pula Tempat Kena SAMAN

Tutorial : Ringankan Berat Blog

Ok! ade lagi tutorial yang Che Deen nak kongsi..
tutorial nie berat blog jadi ringan, loading jadi laju..
haa~ macam mane? meh nak ajar~


Langkah satu:
  • bukak Design --> Add a Gadget --> pilih HTML/JavaScript

Langkah dua:
  • kemudian, copy dan paste code di bawah nie ke dalam gadget HTML/JavaScript tadi,

<script type="text/javascript" src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.4/jquery.min.js">
<script type='text/javascript' src='https://sites.google.com/site/jquery01/jquery.lazyload.mini.js?ver=1.5.0'></script>
<script type="text/javascript">
jQuery(document).ready(function($){
if (navigator.platform == "iPad") return;
jQuery("img").lazyload({
effect:"fadeIn",
placeholder: "https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhLusp9v6OYCpC7DXM5W2k47qdppK4bXozmvntqg1s252DCRp85z7s5UQCNSyrSaUThLvR3T5ZljojGe6sEawZaGCK0X0gjOQDndvD0vUKSh2yqsVyA3tegWEVd66Pb8qoVrkLdr3IdAA8/s1600/grey.gif"
});
});</script>

Langkah tiga:
  • dah puas hati baru save ye! setel~
kalau berat lagi, korang delete je widget yang tak patut diletak macam jam, kan dah ade kat kiri bawah skrin.. kalau nak letak gambar tu, cuba kecilkan.. salji2 tu pun tak payah la kot, orang nak baca entry terbaru, bukan tengok salji.. shoutbox pun tak perlu kot bergerak-gerak hide sana sini..

berat lagi lagi? aku pun tak tau dah..
wallahualam~ hehe..

ok, credit to TASHA

ada masalah, sila komen ye..

Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday #4


BERJAYA! woot woot woot~

Monday, August 22, 2011

Ucapan Hari Raya By Che Deen

jom beri ucapan hari raya kamu kepada sesiapa sahaja.. untuk orang tersayang ke.. untuk sahabat-sahabat ke.. atau sesiapa sahaja… syarat-syaratnya..
nak join? KLIK SINI 

^
|
|
*p/s : ayat atiqsalleh



Ampun dan maaf andainya aku ini…
Terkasar bahasa dalam bicara..
Tersilap bicara semasa bersama..
Termarah yang tak kena tempatnya..
Tertanya tak tentu hala..
Tersasul yang tak sengaja
Terpukul kat mana-mana..
Terpekik kuat di telinga..
Terhantuk terketuk di kepala..
Terpinjam terambil harta & benda..
Termoody tak semena-mena..
Terumpat bila ada cerita..
Teremail benda yang tak sepatutnya kau terima..
Termacam-macam yang kena-mengena..
Di hari yang mulia sepuluh jari ku hulurkan semua..
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada..
Kerana aku masih bernama manusia..
Pastinya tak lepas membuat dosa..
Semoga dimaafkan..
Salam Aidil Fitri Maaf zahir & Batin

Korang Tau Tak Ape Aku Jawab?

Korang mesti pernah alami benda nie..
kawan2 member2 duk tanya soalan macam kat bawah :

*p/s : ade banyak lagi soalan, tapi aku jawab sikit je dulu


1.Sejak bila awak berpuasa penuh?
seingat aku mula berpuasa penuh masa darjah 4.. masa darjah 3 dan ke bawah tu aku puasa jugak la, cuma ada curi-curi makan la jugak tanpa dikesan.. bila orang takde dalam rumah, kepala duk dalam peti sejuk.. kecik2 dulu biase la, puasa yok2 petang bukak periuk..hehe

2. Pernahkah anda ponteng puasa dan apa alasannya?
malu la jugak nak jawab..hehe.. pernah je aku tak puasa sebab demam.. 5 tahun lepas pun ade jugak aku curi2 teguk air dalam kereta masa dalam perjalanan pulang ke kampung, time tu tengahari, panas sangat, tekak pun kering la.. bila abah aku sibuk duk bawak kereta, yang lain2 tengah syok tidur, aku duk teguk air kat tempat letak kaki, duk celah2 tu la..haha


3. Pernah bermain bunga api dan mercun?
tipu la kalau aku kata tak pernah, mercun feveret ialah mercun botol, bola, telur naga, bunga api yang besi tu, bunga api yang boleh tukar-tukar kaler, mercun mancis, ketupat, roket dan bla3..haha.. banyak la jugak sebab dulu2 stok senang nak dapat.. tapi sekarang stok susah sikit.. meriam buluh pernah je aku cucoh sekali.. lepas tu tak berani dah, aku tengok je orang main.. bangga sebab dapat pengalaman tu..haha.. korang pernah tak? mercun yang paling latest aku main, mercun yang meletup kat langit, macam kat stadium tu..haha.. tapi kan, orang sekarang suka buat benda pelik2 bila main mercun, gatal tangan nak reka mercun baru la, ape la, tu pasal ramai yang masuk hospital.. dulu2 mane ade sangat kes macam tu..


4. Juadah kegemaran ketika berbuka
kalau nak diikut kan, aku suka makan ape yang aku masak sendiri.. lagi2 yang bakar.. tu pun bila ade peluang.. sejak dari tingkatan 1 aku tak pernah puasa penuh kat rumah.. eh eh eh! bukan macam korang fikir tu.. maksud aku, puasa 1 bulan kat rumah la..hehe.. tapi tahun nie, aku dapat merasai balik puasa 1 bulan kat rumah.. feveret aku, mesti la masakan mak aku, korang punya feveret pun mesti sama kan macam aku kan?


5. Lagu raya yang diminati
suatu hari di hari raya oleh M.Nasir, lagu kain pelikat dan berlalulah sudah ramadan oleh Anuar Zain, balik kampung oleh Allahyarham Sudirman, dendang perantau dari Allahyarham P.Rramlee.. satu lagi tak ingat la, yang Mamat Exist tu nyanyi, ayah bonda? err yeke? korang tau tak ape lagu yang dia nyanyi tu? ape2 pun, lagu2 lama semua best..hehe


6. Beraya dimana tahun ini?
kampung aku kat Kelantan dengan Perak, sebab abah aku orang Perak, mak aku orang Kelantan.. raya tahun nie tak decide lagi kot, dengar2 kat Perak tahun nie..


7. Kenangan manis di hari raya
masa kecik2 dulu, benda nie berlaku la iaitu ziarah menziarahi rumah orang dan buat pertandingan siapa collect duit raya paling banyak.. sekarang nie mungkin kurang dah kot, disebabkan arus perubahan, mereka lebih suka duduk di rumah layan astro, main playstation, tengok video 3gp melayu boleh dan lain2 lagi, takde kelas katanya berjalan macam peminta sedekah.. :( tapi tu semua tu tak patut kita buat, kita kena amal kan ziarah2 bagai nie semua, boleh mengeratkan silaturrahim.. best ape habis kan makanan rumah orang lain..haha

Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday #3

Tuesday, August 16, 2011

Cerita Che Deen #2

Erkkkkk~
banyak betul angin dalam badan dalam bulan puasa nie..
ok, aku sendawa sebab angin dalam badan,
bukan aku baru lepas makan OK!  
aku puasa la!

jangan ingat aku marah korang ok..
sayang korang sangat2, mwahhh!

*p/s : aku sayang laki bukan bermaksud aku gay,
sayang kat perempuan bukan bermaksud aku nak menggatal ok..


ok, aku nak bercerita lagi pasal ape yang terjadi di sekeliling aku,
baru pagi tadi je kena~

al-Toiyib~
pak polis : berhenti3.. *sambil dia hayun tangan suruh aku ke tepi

che deen : *sreeeeeeettttt~ (bunyi break) *kruk krak kruk krak.. (tukar gear)

pak polis : dah habis dah periksa?

che deen : dah, 3 bulan lepas, result pun dah dapat *sambil pegang bontot nak keluarkan dompet ambik lesen (padahal en.polis tak mintak pun)

pak polis : periksa2 jugak, lesen ada?

che deen : *dengan bangganya aku keluarkan license "P" aku yang bewarna oren..

pak polis : sekali dia pandang motosikal belah depan aku..
 
che deen : *terfikir~ (apa aku nak cakap nie, stiker P takde) *dengan sewenang-wenangnya bagi alasan.. lambang "P" tu tercabut hari tu.. saya dah pasang dah.. lagi pun hari tu baru kena saman JPJ..

pak polis : kena saman? orang JPJ tu cabut ke?

che deen : dalam hati aku ckp.. *ape la polis nie, takkan la JPJ nak cabut lambang tu..

pak polis : ok, ok, boleh jalan..

che deen : aik? takde saman?

pak polis : kalau nak, saya boleh tolong tulis banyak2..

che deen : eh, takpe2, pakcik bagi je kat orang2 yang bawak kereta mewah2, biar dia orang sedekah, bulan puasa kan bagus kalau sedekah2..

pak polis : *dia start enjin pastu terus blah


che deen : *pelik je, nak bermesra ngan aku kot..haha

*p/s : jangan nak main2 mintak saman..hehe

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday #2

geng rempit..haha

Tuesday, August 2, 2011

Hormat Orang Berpuasa

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Ramadhan dah masuk hari ke-2.. korang puasa macam mana? best sangat kan? Alhamdulillah, bagi aku, sempurna juga puasa aku untuk hari yang pertama nie walaupun stress dengan study, tak tido malam beberapa hari buat kerja, serabut dengan adik2 kecik, bla3.. huh! dugaan bulan puasa la kata kan.. siang hari panas terik, nak keluar pun malas.. before nie boleh la nak teguk air sejuk sampai pengsan sekalipun, tapi bulan puasa, no no no, kena la tahan semua tu ok..

kalau lalu kedai siang2 hari lengang je.. tak macam selalu nak kena mencarut aje bengang orang suka stop kereta tengah2 jalan.. hari2 macam ni kan bagus..haha.. hari first Ramadhan baru nie masuk seven eleven pun ada Cina dan India je kat dalam.. semua duk pandang aku masuk seven eleven.. Oiii aku bukan nak beli air la.. maybe diorang pelik tengok orang Melayu beragama Islam masuk kedai siang2 Ramadhan.. diorang pandang macam cakap dalam hati,
aiyoyo, ini orang Melayu tarak puasa ka? 
Wakaka! 

aku masuk nak beli topup je, beratur dekat kaunter pun ada sorang apek ni (bukan Khairul Fahmi Che Mat tau), beli air tin siap sorok2 lagi dari aku.. takut aku terliur~ Haha.. lepas tu dia senyum je tengok aku nak bayar surat khabar.. agaknya dia baru lepas mengutuk aku dalam hati.. air tin dia letak belakang badan dia tak kasi aku nampak.. punya la dia hormat orang Islam yang berpuasa, padahal bagi kita benda tu its ok je.. aku pun senyum je la balik macam ni =)

kalau jalan2 kat luar pun jarang la tengok non-muslim makan kat public.. kalau diorang duk suap roti dalam mulut pun, bila nampak orang Islam diorang stop makan, siap mintak maaf.. nie pengalaman aku sendiri la.. rasa terharu jugak bila non-muslim hormat bulan puasa, hormat orang Islam yang berpuasa.. kalau iman kuat Alhamdulillah walau nampak orang makan Pizza Hut depan mata pun senyum suci je.. kalau iman tak kuat tu orang makan gula2 seposen pun dah meleleh air liur.. kalau bekerja dalam office pun ada yang sanggup berpuasa jugak.. kalau dah lapar sangat tu pergi la mana2 belakang pintu ke, bawah meja ke, duk slurpppp air kotak.. eh, bagus betul diorang nie.. time bukak puasa pun diorang kasi Muslim first untuk berbuka puasa.. kalau pergi masuk restoran siap beritahu waiters untuk settle kan order orang Islam yang nak berbuka puasa dulu.. bagus kan?

tapi bukan la semua yang bertimbang rasa macam nie, ada jugak yang selamba je bedal ayam golek depan kita.. tapi kita tak boleh salahkan diorang, kan kewajipan kita untuk menunaikan puasa, so apa-apa dugaan lu tanggung la sendiri! jangan la dia duk membedal kita nak jugak mencekik time tu jugak!

orang Islam sendiri pun ada yang tak tahu nak hormat bulan puasa.. oh, malunya~ nak2 perempuan, pakaian masa bulan puasa over, sendat, pundat, wtfffff pulak kan? tak pasal2 sang lelaki yang tak kuat iman tu kurang pahala puasa.. kalau bukan bulan puasa, aku pun nak tengok..haha..
kalau tak boleh puasa (uzur) tu dengan bangganya bagitau orang lain,
oii aku tak puasa hari ni! 
Wahhh gitus~ Selamba kodok je kau bedal makan depan kawan2 yang puasa. ish3.. terngumpat pulak dah.. Astaghfirullah~ 

apa2 pun kita berusaha la nak perbaiki diri masa bulan mulia ni.. banyak2 kan berdoa ok.. dan kalau sebelum ni melantak tak hengat dunia, masa berbuka cuba la ala kadar.. kang nak solat maghrib pun tak larat.. jap2 terkentut, tersendawa bau tempoyak.. uissh~ kalau pergi bazar Ramadhan tu jalan elok2 la, dah la aku kecik korang main rempuh je sebab dah nampak cendol sebatu jauhnya haa.. cehhs~

Selamat Berpuasa semua..