Balak Hensem & Awek Cun

*JANGAN LIKE JE, KOMEN KALAU BOLEH :3*
TINGGALKAN LINK DI SHOUTBOX

SAYA BUDAK BARU BELAJAR
KALAU SALAH TOLONG TUNJUKKAN

Monday, August 22, 2011

Korang Tau Tak Ape Aku Jawab?

Korang mesti pernah alami benda nie..
kawan2 member2 duk tanya soalan macam kat bawah :

*p/s : ade banyak lagi soalan, tapi aku jawab sikit je dulu


1.Sejak bila awak berpuasa penuh?
seingat aku mula berpuasa penuh masa darjah 4.. masa darjah 3 dan ke bawah tu aku puasa jugak la, cuma ada curi-curi makan la jugak tanpa dikesan.. bila orang takde dalam rumah, kepala duk dalam peti sejuk.. kecik2 dulu biase la, puasa yok2 petang bukak periuk..hehe

2. Pernahkah anda ponteng puasa dan apa alasannya?
malu la jugak nak jawab..hehe.. pernah je aku tak puasa sebab demam.. 5 tahun lepas pun ade jugak aku curi2 teguk air dalam kereta masa dalam perjalanan pulang ke kampung, time tu tengahari, panas sangat, tekak pun kering la.. bila abah aku sibuk duk bawak kereta, yang lain2 tengah syok tidur, aku duk teguk air kat tempat letak kaki, duk celah2 tu la..haha


3. Pernah bermain bunga api dan mercun?
tipu la kalau aku kata tak pernah, mercun feveret ialah mercun botol, bola, telur naga, bunga api yang besi tu, bunga api yang boleh tukar-tukar kaler, mercun mancis, ketupat, roket dan bla3..haha.. banyak la jugak sebab dulu2 stok senang nak dapat.. tapi sekarang stok susah sikit.. meriam buluh pernah je aku cucoh sekali.. lepas tu tak berani dah, aku tengok je orang main.. bangga sebab dapat pengalaman tu..haha.. korang pernah tak? mercun yang paling latest aku main, mercun yang meletup kat langit, macam kat stadium tu..haha.. tapi kan, orang sekarang suka buat benda pelik2 bila main mercun, gatal tangan nak reka mercun baru la, ape la, tu pasal ramai yang masuk hospital.. dulu2 mane ade sangat kes macam tu..


4. Juadah kegemaran ketika berbuka
kalau nak diikut kan, aku suka makan ape yang aku masak sendiri.. lagi2 yang bakar.. tu pun bila ade peluang.. sejak dari tingkatan 1 aku tak pernah puasa penuh kat rumah.. eh eh eh! bukan macam korang fikir tu.. maksud aku, puasa 1 bulan kat rumah la..hehe.. tapi tahun nie, aku dapat merasai balik puasa 1 bulan kat rumah.. feveret aku, mesti la masakan mak aku, korang punya feveret pun mesti sama kan macam aku kan?


5. Lagu raya yang diminati
suatu hari di hari raya oleh M.Nasir, lagu kain pelikat dan berlalulah sudah ramadan oleh Anuar Zain, balik kampung oleh Allahyarham Sudirman, dendang perantau dari Allahyarham P.Rramlee.. satu lagi tak ingat la, yang Mamat Exist tu nyanyi, ayah bonda? err yeke? korang tau tak ape lagu yang dia nyanyi tu? ape2 pun, lagu2 lama semua best..hehe


6. Beraya dimana tahun ini?
kampung aku kat Kelantan dengan Perak, sebab abah aku orang Perak, mak aku orang Kelantan.. raya tahun nie tak decide lagi kot, dengar2 kat Perak tahun nie..


7. Kenangan manis di hari raya
masa kecik2 dulu, benda nie berlaku la iaitu ziarah menziarahi rumah orang dan buat pertandingan siapa collect duit raya paling banyak.. sekarang nie mungkin kurang dah kot, disebabkan arus perubahan, mereka lebih suka duduk di rumah layan astro, main playstation, tengok video 3gp melayu boleh dan lain2 lagi, takde kelas katanya berjalan macam peminta sedekah.. :( tapi tu semua tu tak patut kita buat, kita kena amal kan ziarah2 bagai nie semua, boleh mengeratkan silaturrahim.. best ape habis kan makanan rumah orang lain..haha

0 comment(s):