Balak Hensem & Awek Cun

*JANGAN LIKE JE, KOMEN KALAU BOLEH :3*
TINGGALKAN LINK DI SHOUTBOX

SAYA BUDAK BARU BELAJAR
KALAU SALAH TOLONG TUNJUKKAN

Wednesday, December 29, 2010

MALAYSIA MENANG AFF SUZUKI 2010..!!


Malaysia mendahului Indonesia 1-0 menerusi jaringan penyerang Safee Sali pada minit ke-53 pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno..

Ini menjadikan kedudukan agregat 4-0 selepas Malaysia menang 3-0 di Kuala Lumpur, Ahad lalu..
Pada babak pertama, Indonesia hampir mendahului selepas mendapat sepakan penalti pada minit ke-18 tetapi tendangan Firman Utina dapat diselamatkan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat..

Sementara itu, beberapa insiden membabitkan pancaran cahaya laser turut dilakukan penyokong, termasuk ketika Khairul menghadapi tendangan sudut, sepakan percuma dan penalti..

Indonesia membalas satu gol menerusi jaringan Mohamad Nasuha pada minit ke-71 bagi menjadikan kedudukan kini terikat 1-1 pertemuan dengan Malaysia pada final kedua Piala Suzuki AFF, di Stadium Gelora Bung Karno..

Malaysia bakal mencipta sejarah membawa pulang trofi Piala Suzuki AFF buat julung kali meskipun seri 1-1 dengan Indonesia pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno, sebentar tadi..

Tetapi pada minit ke-88 pula, Indonesia mendahului Malaysia menerusi jaringan Muhammad Ridwan untuk menjadikan kedudukan 2-1..

Namun, dengan keputusan itu, ia menjadikan agregat 4-2 kepada Malaysia.. dan muncul sebagai JUARA Piala AFF Suzuki 2010..!!



MALAYSIA JUARA, MALAYSIA BOLEH..!!


p./s : tu la.. cakap lagi malaysia pancar laser.. terang2 penonton indon yang buat.. tahniah wira-wira kita.. membuktikan bola sepak malaysia lebih cemerlang dan gemilang.. Alhamdulillah.. Tahniah Harimau Malaya..!!




0 comment(s):