Balak Hensem & Awek Cun

*JANGAN LIKE JE, KOMEN KALAU BOLEH :3*
TINGGALKAN LINK DI SHOUTBOX

SAYA BUDAK BARU BELAJAR
KALAU SALAH TOLONG TUNJUKKAN

Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Thursday, July 14, 2011

Scallop?

Setiap kali tengok Top Chef kat Astro Diva mesti akan ada masakan yang menggunakan kekapis.. kekapis atau dalam Bahasa Inggeris ialah scallop.. bila tanya kawan apa benda kekapis tu, dia pun tak tahu.. so, en.google to the rescue la.. hasil carian.. nie lah rupa kekapis...



sumber gambar: Jurnal Rasa

sejenis hidupan laut rupanya.. biasanya dalam top chef dia tunjuk isi je.. so, tak tau la pulak rupanya ianya mempunyai cengkerang.. maybe ada nama lain kot bagi kekapis ni, sebab tak pernah dengar pun mak aku sebut kekapis.. maybe orang kelate ada nama lain untuk kekapis nie..

so, terjawablah sudah apa benda yang selalu disebut2 dalam Top Chef tu..

Thursday, March 10, 2011

Aku Suka Benda Gebu

Lama betul rasanya tak update belog.. busy yang amat~ huhu..
tapi ape2 pun, walaupun tak update blog, aku masih mengesot ke kawan2 punya belog,
baca story, khabar, macam2 lah.. tapi duk baca sajelah..

nie nak story sikit (walaupun pendek je)

http://matcuoi.com

em, suka tak dengan marshmallow?


aku memang geram tengok benda2 gebu2 nie..haha..
mula la ambil kesempatanlah merasa bila roommate semua dah balik..

http://matcuoi.com

fuhh~ sedap jugak bila dibakar..
orang kata kalau cicah dengan coklat lagi sedap tapi belum pernah merasa
(nanti nak try, cicah jem ke..haha)
bagi aku, yang bakar nie lagi sedap dari yang biasa2 sebab dia cair dalam mulut..

SEDAP~

http://matcuoi.com

*p/s : jangan buat macam nie, nie bukan marshmallow cicah coklat..haha
nie nama nyer hangit, nanti tak sedap sebab pahit..
bakar kejap2 je~



Saturday, February 19, 2011

Aiskrim Goreng.. Laki Pun Boleh Buat La~

"Haa? kau kata aku tak boleh buat benda alah nie?
lu silap la bro, gua orang laki2 pun gua belajar benda nie der~"

haha.. jangan perkecilkan aku, aku pun reti buat aiskrim goreng..
ok, jom menggoreng, resepi nie aku dapat dari amoi yang jual benda nie..hehe
ini serius punya resepi..

http://matcuoi.com

Bahan-bahan ( 5 orang )
  • 5 scoop aiskrim vanila
  • 1 biji telur
  • 1 cawan conflakes (try la guna honeystar..haha)
  • 1 cawan chopped walnuts (kekacang lain pun boleh)
  • minyak masak untuk menggoreng
  • sirap coklat secukupnya (sirap lain boleh juga)




Cara-cara :
Scope

1. pastikan ade scoop aiskrim yang aku guna seperti gambar di atas
(kalau takde, pakai senduk..haha)..

Aiskrimgoreng1

2. masukkan 1 scoop aiskrim ke dalam plastic wrap (supik rokrak..haha).. bungkus biar jadi bentuk bola.. simpan dalam freezer sekurang-kurangnya 2-3 jam..

Aiskrimgoreng2

3. campurkan conflakes dan walnuts ke dalam mangkuk.. kemudian masukkan ke dalam beg plastik.. ramas-ramaskan conflakes biar hancur..

Aiskrimgoreng3

4. keluarkan aiskrim dari freezer dan buka plastic wrap.. masukkan aiskrim ke dalam beg plastik tadi.. goncang2 biarkan aiskrim bersalut dengan conflakes dan walnuts.. keluarkan aiskrim dari beg plastik.. simpan semula ke dalam freezer selama 30++ minit..

Aiskrimgoreng4

5. pukul telur dengan pemukul telur.. masukkan aiskrim ke dalam telur (sekejap je).. kemudian masukkan pula ke dalam beg plastik conflakes dan walnuts.. goncang biarkan keseluruhan aiskrim bersalut.. buat satu persatu sampai habis.. masukkan semula ke dalam freezer.. biarkan 1++ jam.. kalau nak salutan (coating) tu tebal, boleh ulang langkah ni sekali lagi..

6. panaskan minyak.. goreng aiskrim selama lebih kurang 20 saat.. angkat, tos dan bolehlah terus makan.. untuk hiasan, bolehlah letakkan sirap coklat di atasnya (tak nak takpe..hehe)..

http://matcuoi.com

** minyak yang diguna untuk menggoreng biarlah betul2 panas..

** aiskrim tu kena betul2 keras dulu sebelum digoreng, saje je try letak cornflakes sebab kalau dengan serbuk roti tu dah biasa orang buat

**letakkan buah sebagai hiasan~

ok! selamat mencuba!


*p/s : boleh buat duit..

(sorry, pakai kamera low megapiksel..huhu.. tertinggal kat rumah)

Friday, January 21, 2011

Masak-masak Bersama Che Deen

Aku tak mahir memasak.. walaupun aku duk kolej (asrama), mengidam jugak nak masak.. kadang-kadang terpikir jugak nak improve skill memasak.. setakat nak buat ayam masak kicap, masak sardin ke, telur masak merah, spageti, aku terer la.. aku teringin nak masak makanan melayu yang hebat-hebat macam gulai tempoyak, masak lemak cili api ke..hahaha.. selama bertahun-tahun aku menggunakan teknologi internet, aku tak pernah buat carian pasal "resepi".. tiba-tiba tergerak hati nak cari resepi.. mana la tau kan, boleh masak untuk bini, jd MR.MAMA la pulak..hahaha.. dan Tuhan itu Maha Adil, dia menemukan aku dengan satu video menarik iaitu resepi untuk orang bujang..


amek ko!! tengok video nie..haha..



korang boleh la cuba buat makanan nie kat rumah korang.. resepi dia mudah je kan? kos pun tak tinggi.. murah je.. tapi aku rasa mungkin korang terpaksa keluar modal lebih untuk permulaan.. sebab nak kena beli roti, pastu peanut butter, jam dan skrin monitor atau LCD.. mungkin korang rasa nak hempuk monitor korang kan?? hahahahaha.. padan muka!!