Balak Hensem & Awek Cun

*JANGAN LIKE JE, KOMEN KALAU BOLEH :3*
TINGGALKAN LINK DI SHOUTBOX

SAYA BUDAK BARU BELAJAR
KALAU SALAH TOLONG TUNJUKKAN

Wednesday, February 2, 2011

Pelatah Yang Hensem

OPOCOT MAK KAU TERGOLEK!! sori!! aku lelaki hensem yang melatah..huhu.. melatah tu apa? kuih ke? penyakit ke? budaya? tabiat? mungkin hobi? atau mungkin jugak ‘permainan’ suka-suka di kala bosan? KEPALA HOTAK KAU SUKA2!! (sori, stres sikit hari ni) atau… arrggghhh! aku pun tak faham kenapa aku melatah.. ape kes haa??
mengikut definisi aku bedal kat website SINI, kata dia la, kata aku lain..muahaha..

"Pakar Psikologi, Dr William S. Buroughs menjelaskan latah adalah situasi terkejut melampau (hyperstartling) yang ditemui di Asia Tenggara pada sesetengah bangsa saja dan amnya pada wanita"

*p/s : ehemm3~ Encik William, fakta anda tak betol, aku pun melatah..
CHOOOPPP!! lagi.. tapi kan, kenapa aku selalu nampak orang Melayu yang melatah? bangsa India dan Cina tak reti melatah ke? atau pun melatah ni memang ‘penyakit’ orang Melayu? heh? dan aku jarang nak jumpa atau nampak lelaki melatah kecuali aku..

aku mengaku, kadang-kadang tu aku melatah tak tentu hala (menjerit sebab tak tahan terkejut kat kawasan orang ramai) tapi bukanlah pelatah tegar yang pantang diusik je mesti akan melatah.. meh sini aku nak bagi tahu kategori pelatah :

1 >> pelatah gonjeng – yang ini jenis pantang diusik, dah melatah.. lepas tu, lambat pulak tu nak tenangnya.. ish3~ penat member.. janganlah kau orang usik pelatah type ini.. kesian~ kang tak pasal-pasal ada yang pendek umur sebab melatah.. yela, mahu tak semput dia duk bercakap entah hape-hape tu tanpa henti? orang nak lafaz akad nikah dalam satu nafas pun dah semput, orang camni lagi la..haha

2 >> pelatah berirama – haaa~ yang ini aku suka tengok..hehe.. macam mana tu? alaa~ yang main sambung-sambung ayat tu.. sergah dia sikit, dia melatah sekali dengan entah apa-apa gaya.. macam berjoget boria pun ada..haha.. pastu, kau orang sambung lah ayat dia latah tu dengan sergahan jugak, dia sambung melatah lagi.. kau orang pun sergah lagi sambung ayat dia.. dia pun menyambung ayat kau orang.. yang tak boleh blah nyer, sedap pulak tu dia dan kau orang ‘menyanyi’ sama-sama.. entah apa-apa lah ‘lirik’ kau orang.. kalau masuk ‘Jangan Lupa Lirik’, confirm menangis air mata darah Aznil dengar! hek3~

3 >> pelatah extreme – hah! yang ini bahaya! nak usik dia, make sure jangan ada apa-apa barang atau senjata merbahaya berhampiran dengan si pelatah.. elok-elok muka hensem / lawa, tiba-tiba kena toreh dengan parang.. melatah punya pasal, tak ada pasal, cari pasal.. kan dah naya tu.. kalau kat kenduri, jangan diusik si pelatah type macam ini.. elok-elok esok kenduri kahwin, bertukar pulak jadi kenduri arwah.. tak pasal-pasal je..huhu



macam-macam faktor yang menyebabkan seseorang itu melatah.. antaranya :
1 ~ meniru atau mengajuk perbuatan orang lain
2 ~ keturunan (ada ke genetik melatah??)
3 ~ terkejut tahap beruk mak yeh lalu beraksi di luar sedar

Aku start melatah masa tingkatan 5 tapi orang je tak perasan..hehe.. mengajuk latahan member la ni aku dah terkena badi latah ni.. haprak betul! aku ingat lagi 1st time aku melatah aku cakap “oiii kera tonggek minum todi..!!” hek3~
pehal aku melatah macam itu? al-kisah~ toiyib~

pendek je cerita, aku suka ajuk cakap orang, sekali ngan mimik muka..hehe..
pastu ada la kat kawasan bukit ni, aku lepak ngan kawan.. best la kot tengok view bandar dari atas bukit.. time tu aku duk teguk pepsi.. and then tersepak botol todi, terkezut la aku sebab kena kulit kaki aku, tak pasal2 kena samak.. cheese!!
pastu tiba2 je ade sekor kera nie melompat atas belakang aku sebab nak berebut pepsi ngan aku, terkeluarlah ayat nie, "oiii kera tonggek minum todi..!!"

terkejut beruk kera tu.. kera = beruk = monyet.. aah! same je~
Ok dah! sampai situ je boleh cerita..haha

Sekarang ni, tak ada dah melatah macam itu tapi ada style baru, aku sambung ayat last orang (yang aku dengar je.. kalau tak dengar, aku sebut benda LAIN).. =P
“Opocot mak kau tergolek!” hish! JANGAN CUCOK AKU..


4 comment(s):

aL sYa said...

ehhh mak ko tergolek tu trademark alya yeee..pentiru~~haha

.A:F:I:R:U:D:D:I:N. said...

hek eleh~ sape cepat dia dapat..haha

m i r a f i q a said...

tu diaaa.. nak cucuk kau! XD~

aku pun kdg2 ter-melatah. OPOCOT!
tapi, sbb aku nak cover melatah tu.
aku ganti OHPACAT! haha. sekali
melekat pulak latah tu, smpai skrg.
kau takkan dgr opocot. tapi OHPACAT! ;)

.A:F:I:R:U:D:D:I:N. said...

eaa~ haha.. tunggu la bila ade latihan brass band..haha