
Seakan menjadi satu kelainan atau kepelikan.. kelainan yang membawa erti tidak sama dan 100% memang lain dari yang lain.. apa yang membuatkan aku sedikit berasa pelik, makin lama tidak update belog makin ramai pulak pengunjung yang datang ke belog nie.. Situasi ini sepatutnya tidak perlu untuk aku rasa pelik dan ia sebenarnya mencerahkan lagi peluang untuk aku membuang masa dengan awek cun..hahaha..
agak ramai beloger yang sudah menulis  dan menerangkan sebab-sebab kenapa sesetengah beloger tidak mampu untuk  update belog secara konsisten dan persis dengan 1001 alasan yang boleh  diterima akal.. antara sebab tersebut ialah kekangan masa sehinggakan mereka tidak sempat untuk meluangkan sedikit ruang dan waktu untuk satu  entry yang secara puratanya disiapkan dalam masa 15 – 30 minit.. aku pun  tak tahu sejauh mana jahatnya masa sampai sanggup mengekang mereka  sedemikian rupa..ish3~
kali nie aku akan nyatakan beberapa alasan untuk tidak update  belog yang tidak logik akal tetapi boleh digunapakai (kot)..
1. PC/Laptop masuk air
PC atau laptop masuk air nie boleh  disamakan semaksimun mungkin dengan PC/laptop rosak.. maklumlah kan,  sekarang musim banjir ada lagi.. ya atau  tidak, mungkin laptop korang yang menjadi mangsa air.. bayangkan kalau  laptop korang tak dapat guna? memang tak jalan la kan kerja termasuk  update belog.. nak pergi cyber cafe? masa laptop ok pun ada yang bagi alasan  kekangan masa, diri tak femes sebagai sebab tidak update belog.. ini kan pula nak pergi  cc, memang tak la.. tetapi jangan beloger tu sendiri sudahlah yang masuk  air.. bukan setakat belog yang tidak update.. banyak kerja lain  tergendala.. aduh~

2. Patah kedua-dua belah tangan dan kaki
kalau aku nyatakan patah tangan,  mungkin persoalan patah sebelah je dan sebelah lagi boleh gunakan dan  juga kalau kedua-dua belah patah boleh gunakan kaki untuk menaip..haha.. untuk  mengelakkan persoalan yang agak tak senonoh ini keluar, baik aku nyatakan  terus kesemua tangan dan kaki yang patah..hak3.. eh, mulut ada lagi, boleh  pakai ape untuk menaip.. korang ingat menaip pakai pensel ke, letak kat  mulut? lain la kalau laptop korang tu hebat.. kira macam touch screen je  keyboard korang tu nak taip.. boleh pakai pen jugak, tapi  korang sanggup ke dengan keadaan kesemua kaki tangan patah dan dalam  keadaan sakit yang amat tersebut? sanggup je kan kalau korang beloger  tegar, sebelum nie dalam sehari boleh terbitkan 6-7 artikel.. perghh~

3. Muka tak hensem dan tak cantik
tensen jugak kan kalau hari2 update  entry bertulis je tanpa gambar kan? yela, nak letak gambar malu, muka  tak hensem, muka tak cantik.. kadang2 terasa jeles juga tengok  orang lain, makan lollipop pun update dalam belog.. entry beli lollipop  harga 20 sen dengan kawan je tetapi disebabkan muka hensem/lawa  berpuluh-puluh  gambar letak dalam entry.. padahal gambar tersebut hasil kebijaksanaan  photoshop saje..haha.. yang tak hensem tak cantik nie mula la merendah  diri, last2 kecewa dan malas nak update belog lagi.. tetapi ada jugak  jenis yang tak hensem tak cantik ni ego tinggi, buat belog tapi duk kutuk  beloger lain (jangan~).. ape barang adik abang kakak takut tunjuk muka?

4. Tak reti nak menaip
nie lagi satu sindrom yang payah nak  jumpa.. tapi ada je yang wujud.. kalau nak cari kromosom (dulu pun aku belajar je biologi) mana yang silap, aku pasti tak jumpa nak cari sindrom ni..haha.. payah memang payah! orang ada belog dia pun nak jugak.. tapi bila orang suruh update belog  alasan menaip tidak reti dia bagi.. on PC pun tak pandai, sedih yang amat..haha.. aku rasa alasan tidak reti menaip tu boleh diterima lagi  sebenarnya, yang memang tidak boleh diterima adalah tak kenal ABC (bagi yang berkemampuan untuk belajar~).. yang  nie memang payah sebenarnya.. orang suruh pergi sekolah dia ponteng, lepas  tu nak buat belog.. ape barang? ish3~

5. Tidak ada belog
aku rasa alasan ni paling sengal  sekali..haha. bila orang duk cerita, duk bincang sebab2 kenapa  sesetengah beloger tidak update belog dia pun mencelah sama.. bila ditanya pada dia sebab kenapa tidak update belog, jawapannya saya tiada  belog, macamana saya nak update..muahaha..
 
 
5 comment(s):
hehehe. lawakla. Memang sengal alasan di atas, Tapi kan. saya x update blog sbb xde idea nk tulis ape.
hehehe. lawakla. Memang sengal alasan di atas, Tapi kan. saya x update blog sbb xde idea nk tulis ape.
p/s : salah guna blog la pulak. kantoi suda
masa, idea dan mood adalah musuh utama dalam dunia blog ni.. tu bagi saya la.. hehe.. kalau xde mood jangan harap nak update blog..
jom baca..
Jom habiskan duit anda di Old Town White Coffee
haha.. ade je orang rajin sampai update blog 8 9 kali, hebat..hek3
Post a Comment