Balak Hensem & Awek Cun

*JANGAN LIKE JE, KOMEN KALAU BOLEH :3*
TINGGALKAN LINK DI SHOUTBOX

SAYA BUDAK BARU BELAJAR
KALAU SALAH TOLONG TUNJUKKAN

Friday, February 11, 2011

Alasan Tak Update Belog


Seakan menjadi satu kelainan atau kepelikan.. kelainan yang membawa erti tidak sama dan 100% memang lain dari yang lain.. apa yang membuatkan aku sedikit berasa pelik, makin lama tidak update belog makin ramai pulak pengunjung yang datang ke belog nie.. Situasi ini sepatutnya tidak perlu untuk aku rasa pelik dan ia sebenarnya mencerahkan lagi peluang untuk aku membuang masa dengan awek cun..hahaha..
agak ramai beloger yang sudah menulis dan menerangkan sebab-sebab kenapa sesetengah beloger tidak mampu untuk update belog secara konsisten dan persis dengan 1001 alasan yang boleh diterima akal.. antara sebab tersebut ialah kekangan masa sehinggakan mereka tidak sempat untuk meluangkan sedikit ruang dan waktu untuk satu entry yang secara puratanya disiapkan dalam masa 15 – 30 minit.. aku pun tak tahu sejauh mana jahatnya masa sampai sanggup mengekang mereka sedemikian rupa..ish3~
kali nie aku akan nyatakan beberapa alasan untuk tidak update belog yang tidak logik akal tetapi boleh digunapakai (kot)..

1. PC/Laptop masuk air
PC atau laptop masuk air nie boleh disamakan semaksimun mungkin dengan PC/laptop rosak.. maklumlah kan, sekarang musim banjir ada lagi.. ya atau tidak, mungkin laptop korang yang menjadi mangsa air.. bayangkan kalau laptop korang tak dapat guna? memang tak jalan la kan kerja termasuk update belog.. nak pergi cyber cafe? masa laptop ok pun ada yang bagi alasan kekangan masa, diri tak femes sebagai sebab tidak update belog.. ini kan pula nak pergi cc, memang tak la.. tetapi jangan beloger tu sendiri sudahlah yang masuk air.. bukan setakat belog yang tidak update.. banyak kerja lain tergendala.. aduh~

2. Patah kedua-dua belah tangan dan kaki
kalau aku nyatakan patah tangan, mungkin persoalan patah sebelah je dan sebelah lagi boleh gunakan dan juga kalau kedua-dua belah patah boleh gunakan kaki untuk menaip..haha.. untuk mengelakkan persoalan yang agak tak senonoh ini keluar, baik aku nyatakan terus kesemua tangan dan kaki yang patah..hak3.. eh, mulut ada lagi, boleh pakai ape untuk menaip.. korang ingat menaip pakai pensel ke, letak kat mulut? lain la kalau laptop korang tu hebat.. kira macam touch screen je keyboard korang tu nak taip.. boleh pakai pen jugak, tapi korang sanggup ke dengan keadaan kesemua kaki tangan patah dan dalam keadaan sakit yang amat tersebut? sanggup je kan kalau korang beloger tegar, sebelum nie dalam sehari boleh terbitkan 6-7 artikel.. perghh~

3. Muka tak hensem dan tak cantik
tensen jugak kan kalau hari2 update entry bertulis je tanpa gambar kan? yela, nak letak gambar malu, muka tak hensem, muka tak cantik.. kadang2 terasa jeles juga tengok orang lain, makan lollipop pun update dalam belog.. entry beli lollipop harga 20 sen dengan kawan je tetapi disebabkan muka hensem/lawa berpuluh-puluh gambar letak dalam entry.. padahal gambar tersebut hasil kebijaksanaan photoshop saje..haha.. yang tak hensem tak cantik nie mula la merendah diri, last2 kecewa dan malas nak update belog lagi.. tetapi ada jugak jenis yang tak hensem tak cantik ni ego tinggi, buat belog tapi duk kutuk beloger lain (jangan~).. ape barang adik abang kakak takut tunjuk muka?

4. Tak reti nak menaip
nie lagi satu sindrom yang payah nak jumpa.. tapi ada je yang wujud.. kalau nak cari kromosom (dulu pun aku belajar je biologi) mana yang silap, aku pasti tak jumpa nak cari sindrom ni..haha.. payah memang payah! orang ada belog dia pun nak jugak.. tapi bila orang suruh update belog alasan menaip tidak reti dia bagi.. on PC pun tak pandai, sedih yang amat..haha.. aku rasa alasan tidak reti menaip tu boleh diterima lagi sebenarnya, yang memang tidak boleh diterima adalah tak kenal ABC (bagi yang berkemampuan untuk belajar~).. yang nie memang payah sebenarnya.. orang suruh pergi sekolah dia ponteng, lepas tu nak buat belog.. ape barang? ish3~

5. Tidak ada belog
aku rasa alasan ni paling sengal sekali..haha. bila orang duk cerita, duk bincang sebab2 kenapa sesetengah beloger tidak update belog dia pun mencelah sama.. bila ditanya pada dia sebab kenapa tidak update belog, jawapannya saya tiada belog, macamana saya nak update..muahaha..

5 comment(s):

tkah.luluya said...
This comment has been removed by the author.
MusollaAstar said...

hehehe. lawakla. Memang sengal alasan di atas, Tapi kan. saya x update blog sbb xde idea nk tulis ape.

Aimifiqa said...

hehehe. lawakla. Memang sengal alasan di atas, Tapi kan. saya x update blog sbb xde idea nk tulis ape.

p/s : salah guna blog la pulak. kantoi suda

FaKArePa!n said...

masa, idea dan mood adalah musuh utama dalam dunia blog ni.. tu bagi saya la.. hehe.. kalau xde mood jangan harap nak update blog..

jom baca..

Jom habiskan duit anda di Old Town White Coffee

Che Deen™ said...

haha.. ade je orang rajin sampai update blog 8 9 kali, hebat..hek3