Balak Hensem & Awek Cun

*JANGAN LIKE JE, KOMEN KALAU BOLEH :3*
TINGGALKAN LINK DI SHOUTBOX

SAYA BUDAK BARU BELAJAR
KALAU SALAH TOLONG TUNJUKKAN

Sunday, June 5, 2011

Kau Punya? Aku Punya Tak Macam Nie


Sekarang musim cuti sekolah, mula la ramai orang yang bagai2 menggatal nak kawen..
aku nak kawen umur 25.. aku pasti..! hak3..

kalau korang tengok gambar kat atas, mungkin ada antara korang yang kata bajet nie sedikit je, mungkin jugak banyak atau mencukupi bajet macam nie.. ikot suka masing2 la.. orang zaman2 dulu, takde la grand2 macam nie.. sekarang macam2 ade~ nak benda bagai2, tot tet tot tet~ tekan kalkulator.. haa! keluar nombor lima enam angka baru kau tau! garu kepala sampai botak la..! haha.. aku nak kongsi sikit tips pasal kawen dengan korang..

  • Buat majlis yang ala kadar – memang semua orang akan cakap nak buat majlis simple.. tapi penyudahnya, meriah jugak.. lagi2 kalau itu anak pertama atau itu anak bongsu, anak last kan~ macam2 nak beli.. pengantin memang kalau boleh nak simple.. tapi mak bapak pengantin tu la yang terlalu sibuk nak itu nak ini mengalahkan dia orang yang kawen..
  • Mintak tolong sedara mara dan orang2 kampung – haa! kalau tinggal kat bandar.. jiran tetangga pulak bukannya semuanya rajin belako nak tolong, as i assume..muahaha.. kenduri kat surau tu berapa kerat je la yang datang time hari raya Qurban tu. sedara mara pulak ramai yang dah tua2.. nak harap ke anak2 dorang.. hmm.. mane mau nyer~ dia orang pun pemalas macam aku.. hak3! memang katering jugaklah jawabnya.. orang kampung jugak yang best kan? pergh~ best kalau gotong-royong.. orang kelate panggil bekwoh, mat saleh cakap back wash, melayu cakap belakang basuh..haha.. abes kenduri ramai2 basuh pinggan mangkuk yang tak berayun kat belakang rumah..
  • Jangan jemput orang sangat la – haa~ nie pun best jugak.. mungkin akan berjaya mengurangkan orang yang kenal untuk dijemput.. rakan2 terdekat je la jemput.. sebab ini comfirm akan mengurangkan bajet.. kalau sorang dua mencekik 3 4 pinggan tak jadi jugak.. cheese!
  • Tak payah membazir untuk persalinan banyak baju – yang nie aku setuju sangat, mane pekdah nyer tempah baju? entah la, aku tak reti komen pasal nie, aku belom kawen lagi..haha.. bagi yang gila posing, mungkin banyak kot.. ish3~ tapi aku yakin la, bab nie paling banyak guna duit, baik buat sedekah~ lagi bagus~
  • Elakkan buat masa cuti sekolah – o.k ke k.o? dah lama tak buat lab report.. hypotesis nyer, makin panjang cuti, makin banyak orang kawen.. kan3? tapi kalau ikot yang betul sebab cutilah, makanya ramai lagi le orang nak datang.. terutama yang duduk jejauh tu.. lagi meriah..
  • Barang hantaran tak perlu banyak2 – aku dah pikir nie awal2 dah.. cincin ngan kereta sejibik je..haha.. tak payah la kome buat gitu.. hantaran biarlah sedikit, banyak sangat, macam menunjuk pulak, 5 6 7 ke.. tak payah beli mahal2 sangat pun takpe dah..
  • Beli belah masa tengah sale – kita bertuah sangat la sebab duduk kat Malaysia nie, dibuat nyer Mega Sale 3x setahun kot! Masa nie la macam2 promosi keluar.. yeah! waktu yang sangat sesuai untuk shopping! tapi mega sale pun cam ****(sori, aku pikir lain, korang pikir lain), potongan 90% bagai2, tapi bila dah potong tetap mahal, tak boleh nak harap sangat jugak..
  • Pilih pakej perkahwinan – jangan pulak kau nak sewa baju kawen kat kedai Mail Lambo, pelamin kat kedai Mail Ferrari, make up pulak kat kedai Mail Proton and so on.. nanti kepala kau jugak yang pusing.. sewa semua je sekali dalam satu kedai je.. tak payah susah2 dan pilih la pakej kawen yang sesuai dan berpatutan..
  • Jangan berhabis untuk beli barang kemas – aku laki, aku tak kisah, aku ok je, bukan nyer aku pakai sangat pun.. kalau dapat barang kemas tu cantik je dah cukup bagi aku.. aku paham bakal2 suami tidak sekaya mana.. cewah!! yang perempuan pulak, "don't worry sayang.. ini i boleh tolak ansur".. tapi jangan ada yang berani2 tanya, ”eh, berapa harga cincin kau tu?” aku tomoi jugak kau nanti.. sibuk nak tahu kenape?
  • Duit hantaran kenalah berpada2 – ini aku jugak boleh tolak ansur.. tapi yang mungkin tak boleh tolak ansur ialah mak bapak pengantin.. adoi! nak jugak lawan anak Pak Leman Turbo tu.. tau la pakai kancil turbo, agak2 la..
  • Goodie bag? – err.. apa yang aku boleh buat eh? orang sekarang tak pakai sangat dah telur2 ayam nie.. gula2 je kot, "coklat hacks boleh?"
  • Buat majlis sanding sekali dengan akad nikah – yeah! nikah pagi, sanding (bukan mempasir ok) tengah hari.. petang buka hadiah, malam masuk bilik, runtuhkan katil..haha
  • Tak payah la wedding entertainment – siapa nak sponsor PA system? pakai yang surau punya boleh? aku boleh je handle benda nie sendiri.. tapi tu la, aku kawen lambat lagi.. takkan tercapai lagi hasrat nie..haha.. "boleh tuju lagu?".. "apa pun tak boleh~"
  • Majlis kenduri kahwin – kalau bajet ciput, tak payah la nak buat grand2 sangat, buat kat hotel ke? taman ke? dalam laut ke? kalau kedua pasangan pengantin duk area sama, apa kata korang gabung je untuk buat majlis..
  • Pinjam baju nikah/sanding – hoho.. aku nak tempah jugak.. tapi baju nikah tu akan aku pastikan aku boleh buat untuk baju raya tahun berikutnya.. haha..
  • Design sendiri kad jemputan – yeah! aku suka nie.. aku pernah tengok orang design kad kawen.. dia pakai software yang dah ade dalam laptop aku je..haha
  • Buat senarai semak siap2 checklist nie memang penting dan kena buat awal2 lagi.. dari nyer korang boleh tahu berapa banyak yang bakal dibelanjakan.. dan ia jugak memudahkan korang untuk keep track bende2 bagai yang telah atau belom dibuat atau dibeli atau dipinjam.. terutama checklist jemputan, reject musuh2..muahaha
  • Pilih pakej fotografi yang sesuai – sekarang ni fotografi semua mahal2 kan?? ade tak kawan2 aku willing nak buat kerja FREE? mesti takde kan? dah agak dah~ takpe la, aku pakai kamera yang guna filem tu je la~
anda tak puas hati? tambah lagi..haha

6 comment(s):

aL sYa said...

harga hantaran bukan utk berlumba2.. tapi harga hantaran tu bergantung kepada keadaan semasa..

wang hantaran tu akan digunakan selepas kahwin.. so klu ade rumah baru, wang hantaran tu akan digunakan utk beli barang2 rumah, termasuklah perabot, peti ais, mesin basuh, tv, set bilik tidur, set ruang tamu..

so harga hantaran tu depends la kt mne si pengantin akan mnetap. klu kt KL, mmg klu blh rm10K la.. =)

sayang, kumpul duit dari sekarang tau.. nt lg 5 tahun kena ada at least rm10K hehehehe

Amiruddin Noor Azam said...

dah byk ke duit tu yg gatai nak kawin tu..

Che Deen™ said...

memang pun..haha

syafeeqa said...

nak kawin kena fikir duet...

duett owhh duet,,, hehe

Che Deen™ said...

ye kot, takkan nak kena fikir pasal cengkerang.. orang zaman2 dlu kn pakai cngkerang jadi kn sbgai duit..haha

CouLeur de Chiqu3 said...

pokok pangkal..saving sedari muda2..bile dah berkepuk xde la terkejut beruk bagai...huhuu