Balak Hensem & Awek Cun

*JANGAN LIKE JE, KOMEN KALAU BOLEH :3*
TINGGALKAN LINK DI SHOUTBOX

SAYA BUDAK BARU BELAJAR
KALAU SALAH TOLONG TUNJUKKAN

Monday, May 23, 2011

Ada Apa Dengan Mulut, Mata Dan Telinga Ku

Hari nie sibuk sikit dengan hal2 dunia, pasni pun ade lagi (padahal qada tido semalam je) tapi sempat lagi aku nak post entry baru..

aku nak cerita sikit beberapa benda yang jadi kat sekeliling aku nie la..
fakta atau auta, mari tengok..


  • kita mempunyai modem internet tercanggih dan termahal tapi masih menunggu lama untuk melihat gambar di blog rakan sedikit demi sedikit (loading lambat)..
  • iklan telekomunikasi yang gempak di televisyen tetapi di kawasan kita masih berlaku gangguan liputan..
  • dad laju di lebuhraya ialah 110 km/j tapi kenderaan yang mempunyai had laju melebihi 110 km/j masih dijual..
  • laluan motosikal disediakan tapi masih ramai lagi penunggang motosikal melalui lebuhraya utama, jalan pulak banyak lubang..
  • kemalangan di jalan raya masih meningkat walaupun pelbagai kempen dilaksanakan oleh kerajaan (salah siapa?)..
  • masih ramai yang membuang sampah di kawasan yang mempunyai papan tanda 'Dilarang Membuang Sampah Di Sini'..
  • masih berebut-rebut menaiki bas walaupun terpampang di pintu bas tersebut 'Sila Beratur'.. kat komuter dan LRT pun sama je..
  • masih ramai yang merokok di kawasan larangan merokok, makin bertambah kot orang merokok..
  • jualan rokok semakin laris dijual walaupun harga rokok dinaikkan dengan tinggi dan pelbagai kempen dilaksanakan..
  • lebih ramai orang memakai jersi pasukan kelab luar negara berbanding kelab tempatan..
  • lebih ramai orang mengenali pemain bola luar negara berbanding pemain tempatan tapi sekarang dah ramai kot yang kenal pemain tempatan..
  • perlu membayar 20 sen untuk masuk ke tandas awam yang sangat kotor dan hanyir..
  • masih ramai yang meletakkan kenderaan di kawasan yang mempunyai papan tanda 'Dilarang Meletakkan Kenderaan Di Sini'..
haa~ nie la ape yang terjadi di sekeliling aku dan mungkin juga korang..
kalau ade yang nak tambah ape2, komen la..hehe

3 comment(s):

aslann said...

haha.mentaliti org msia mmg cmtu. buat la ape kempen ke larangan ke. tetap akan buat bende yg dilarang tu. :)

*aku pun kdg2 termasuk lam golongan tu.. =.="

Che Deen™ said...

sama la, organize kempen rajen je tapi x brape nak join.. =.='

Unknown said...

malu nak mengaku..tp itu la budaya orang malaysia.. ntah bila nk berubah