Balak Hensem & Awek Cun

*JANGAN LIKE JE, KOMEN KALAU BOLEH :3*
TINGGALKAN LINK DI SHOUTBOX

SAYA BUDAK BARU BELAJAR
KALAU SALAH TOLONG TUNJUKKAN

Tuesday, February 15, 2011

Bahasa Rojak? Apa Barang?

Dah berhabuk kot belog nie, dah 4 hari tak update..haih~
ok, kita kembali kepada agenda asal..wahaha..



ramai yang senyap2 bagitau aku mereka suka akan belog aku nie sebab aku jarang guna bahasa rojak.. yeke? (ye~ kot~) aku pun tak perasan sangat sebab aku jenis orang pelupa jugak la, bila ade idea, cepat2 aku post entry baru, takot hilang idea..hehe.. tapi kadang2 bergantung kepada mood jugak la..

kadang2 tu tengah golek ke, tengah mandi ke, tengah makan ke atau tengah apa-apalah, tiba2 ade idea nak update blog tapi kadang2 bila dah mula nak menulis, aku main taip je.. takde maknanya nak taip panjang cam ayat karangan, ade format itu ini..

contohnya macam tajuk entri nie : Bahasa Rojak? Apa Barang?
ayat nie memang dah melintas dalam kepala otak aku, so terus aku tulis ayat macam tu..haha


Antara sebab yang munasabah kenapa aku kurang suka bahasa ROJAK :

1) memudahkan pembaca untuk membaca..

2) aku sayangkan bahasa melayu kita, memang dari zaman sekolah lagi, member2 pernah tegur aku sebab aku kadang2 sangat skima dalam bercakap.. (sekarang tak dah..haha)

3) aku akan rasa serabut sangat kalau baca penulisan yang menggunakan banyak ayat rojak.. jadi aku tak mahu otak aku serabut..

4) subjek paling aku suka zaman persekolahan dulu ialah bahasa melayu selain subjek sejarah.. sebab itu bahasa melayu aku dulu asyik score A..haha. (cuba tanya aku berapa aku score subjek matematik tambahan? aku kureng dengan subjek itu yeah.. (tapi SPM, dapat jugak aku score A1..haha).


tapi secara jujurnya memang aku tak berapa menggemari menggunakan bahasa rojak (tapi kadang2 aku guna jugak..haha) dan juga bahasa pelat dalam penulisan aku (tapi kalau korang nak aku ajarkan bahasa Kelantan, boleh je..hehe).. tapi tipulah kalau aku cakap langsung tak guna bahasa rojak nie dalam perbualan harian aku dan juga dalam penulisan aku kan? ada juga aku guna bila berbual-bual dengan member2 tapi jaranglah kot..

kepada para blogger yang gemarkan penggunaan bahasa rojak2 dalam penulisan korang bolahlah teruskan ye, aku support korang.. yeah! aku tetap membacanya.. sebab aku memang suka membaca jadi aku layan semua jenis penulisan kecuali penulisan yang tidak sesuai untuk aku baca tu tidaklah aku layan.. contoh camni :

'MaRi2 KiTa BaCa EnTrI BaRu, SeLaMaT MeMbAcA yE PaRa BeLlOgEr SeKaLiAn, SiLa KoMen2 DaN FoLLow'

pening dowh~

4 comment(s):

aL sYa said...

alamak, ade org x suke ea ade blog guna bhs rojak? alya pny mcm rojak je huhuhu

Che Deen™ said...

afi pun guna je..haha

padlie said...

cuber tengok, sayer guna bahasa rojak gak ke?
kalau ada, nak ubah style gak..

Che Deen™ said...

ok je =)