Selamat Hari Raya Aidilfitri
kepada semua umat yang beragama Islam
*p/s: aku wish banyak kali, takut tak sempat wish pada hari raya tu
Masa aku kecik2 dulu suka jugak tengok pelita.. ada pelita buluh yang dibuat sendiri.. ada pelita besi, ada kayu macam2.. ada pasang dua tiga sekeliling rumah..
bagi aku ia hanyalah satu rencah persefahaman kaum.. budaya memasang pelita sudah tentu dibawa oleh masyarakat bukan melayu iaitu cina dan india.. seperti pelita india dan tanglung.. bila dia orang datang ke tanah melayu bukan sahaja bawa diri mereka tetapi juga membawa budaya.. dengan ini budaya ini dah diasimilasikan beratus-ratus tahun dahulu dan sudah sebati selain menjadi juga adat orang melayu.. ia merupakan satu tindak balas masyarakat peribumi dalam mengasimilasikan budaya asing.. di mana menunjukkan kita warga malaysia sudi bertolak ansur dan boleh hidup dengan pelbagai kaum dengan aman.. bila dilihat pelita pada bulan Ramadhan sudah tentu orang mengaitkan dengan malam 7 likur..
korang tahu tak? apa sebenarnya ia? aku sendiri tak tahu untuk memahaminya.. ia adalah malam 7 terakhir Ramadhan dan ia juga menjadi kemuncak.. semua orang duk sibuk.. budak2 semakin giat main mercun (nak abiskan stok).. bukan macam Ayeem Ayam tu, sekali main je, boleh habis semua stok..haha..
yang si mak dan yang anak dara sibuk duk buat kuih dan kemas rumah.. ayah dan anak teruna pulak, makin lewat dan jarang ada kat rumah, selalu duk kat masjid, artis2 sibuk test baju raya untuk shooting, stesen2 tv sibuk menyiarkan rancangan raya, radio2 sibuk putar lagu raya.. hakikatnya macam tu la yang terjadi pada malam 7 likur.. pendek kata semua orang busy bila sampai 7 hari yang last ramadhan..
persoalan ini juga dah bermain dalam fikiran sejak dulu lagi.. tapi hari ini saya boleh mengaitkan dan menghubungkaitkan kesibukan mereka semua tu kerana apa.. kerana kita masing2 cuba membuat yang terbaik pada 7 akhir ramadhan.. ada yang sibuk mengumpul wang ringgit, keseronokan, populariti dan pahala..
jika dihayati kenapa orang dulu2 memasang pelita? yang pasti kita perlulah memilih jalan kita dan hala tuju kita.. adakah pada tahun ini kita akan mengumpul pahala yang lebih banyak dari tahun lepas memandangkan ramadhan bakal berakhir? pendapat aku la, kenapa orang dulu2 memasang pelita pada malam 7 likur adalah :
- tanda aras bahawa ramadhan akan berakhir
- hari yang sangat sibuk bermula
- peluang terakhir untuk bersedekah
- peluang terakhir untuk membayar zakat fitrah
- peluang terakhir untuk mengejar pahala ibadat
- tanda pencarian yang terbesar dalam bulan ramadhan iaitu LailatuQadar
tidak ada yang lebih besar jika dibandingkan kesibukan kesibukan dan apa yang dilakukan pada malam2 lain selain Lailatul Qadar.. pada pengetahuan aku la, hanya ada 4 golongan manusia yang tidak diampunkan dosanya jika bertaubat dan berdoa pada malam tu iaitu :
- orang yang kekal minum arak.
- orang yang derhaka kepada ibubapanya.
- orang yang memutuskan silaturahim.
- orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih 3 hari.
aku memandang pelita pada malam 7 likur pada sisi yang baik memandangkan ia adalah satu peringatan kepada kita.. cuma penilaian kita dari segi maksud sirat dan tersirat berbeza.. sama-samalah kita mengaharapkan ramadhan yang bakal berakhir ini merupakan ramadhan yang lebih baik dari ramadhan sebelumnya..
sekian ayat skema dari aku..
11 comment(s):
bersekah tu bersedekah ke? haha
haha.. typo2..
kita akan tinggalkan ramadhan, syawal pulak dihadapan..kejarlaa amal ibadah ramdhan nie..tinggal berapa hari je lagi :)
sekarang semua dah busy2 buat persiapan raya, kan2?
dah tak boleh nak buat ape dah @Affy Afiqah, dah jadi amalan benda tu.. =.='
pose pertame pun dah ade lagu raye..
Selamat Hari Raya Pak Cik .
Duet raya kasi lebih . HOHO :D
malam2 dekat nak raya pun dah ade yang training karaoke lagu raya..haha
@tasha boleh je, tolong klik2 kat nuffnang je la..haha
kt kwsn perumahan mmg ssh nk nmpk org psg pelita kan?? heh! -.-'
*slmt hari raya! ;)
tu tak pasti, perumahan kat sini ade je pasang..hehe.. selamat hari raya jugak
betul..
petanda ramadan nak meninggalkan kita.
rumah den xpasang pelita lagi. gelap gelita.
:D
Post a Comment